Sunday, April 15, 2012

Natasha Hudson, Khalid Selamat Dinikahkan (10 GAMBAR)


Dengan hanya sekali lafaz, pelakon Natasha Hudson, 29, akhirnya sah menjadi isteri kepada penyanyi hip hop dan komposer, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Mohd Khalid Kamal, 33, pada kira-kira jam 11.55 tengah hari semalam.

Mereka yang dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis nikah di Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Dalam majlis yang ringkas itu, Natasha Hudson yang mengenakan busana rona krim rekaan Shahidah Shariff telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh suaminya Carleed Khaza untuk sesi pembatalan air sembahyang.

Selain sebentuk cincin, Natasha turut menerima mas kahwin sebanyak RM80 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa kek, sireh junjung, Al-Quran dan haruman.

Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak tujuh dulang seperti haruman, sepersalinan baju, cincin, kek, sejadah, Al-Quran digital dan sireh junjung.


Majlis nikah tersebut turut disaksikan oleh ibu Natasha iaitu Ratna Hussin dan juga kedua ibu bapa Carleed iaitu Mohd Kamal Albakri dan Aisha Abdul Manaf.

Dihadiri lebih kurang 700 orang tetamu, majlis turut dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua pihak dan rakan-rakan artis sepeti Mizz Nina, Noh Hujan, Anis Nabila dan beberapa artis lain.

Pernikahan kali ketiga Natasha ini hanya diraikan dalam majlis nikah pada hari ini sahaja.

Perkahwinan terdahulu Natasha telah dikurniakan seorang cahaya mata, Neesa Helena.










No comments:

Post a Comment