Wednesday, April 18, 2012

Penyanyi Rock Jadi Saksi Dira Gaduh?


KL, 18 APRIL 2012: Kisah yang mendakwa seorang pengacara TV memijak seorang wanita, masih belum bertemu jalan penyelesaian.

Ianya gara-gara mangsa pijak masih lagi tidak menonjolkan diri. Jika ia belarutan begini, kes ini hanya akan terus menjadi buah mulut orang.

Namun, Murai Batu mendapat tahu satu cerita baru dari kes ini.

Dengarnya, ada diantara saksi kejadian telah ternampak seorang penyanyi rock terkenal telah berada di situ semasa kejadian berlaku.

Bagaimanapun, difahamkan penyanyi lelaki berkenaan langsung tidak terlibat dengan kes pukul itu.

Berkemungkinan besar penyanyi yang semakin rancak dengan berlakon filem komedi itu sekadar kebetulan berada di lokasi kejadian.

Pun begitu, sekiranya benar penyanyi rock berkenaan berada sewaktu kejadian, mungkin sedikit sebanyak dia tahu siapakah gerangan yang telah memijak wanita itu.

Atau mungkin, penyanyi rock berkenaan mungkin boleh bercerita apa yang telah dilihat dan memberikan sedikit pembayang sah mengenai kejadian itu.

Paling tidak pun, siapa penyebab kes ini?

Apa sekalipun, mungkin juga penyanyi rock itu enggan memberi sebarang jawapan andai kata ditanya berkenaan kes berkenaan.

Yelah, kes berkenaan langsung tidak kena mengena dengan dirinya, Malah sudah jadi kes pihak polis.

Takut nanti, apabila dia bersuara, orang mula bercakap jahat tentangnya.

Namun, mengikut firasat Murai Batu, kebenaran akan terbukti tidak lama lagi kerana Murai Batu dengar sewaktu kejadian berlaku, ada pengunjung kelab itu sempat merakamkan video. Benarkah?

Walau bagaimanapun, kesahihan video itu belum terjawab lagi. Kalau benar video itu ada, kenapa ianya masih belum tersebar?

Adakah pemilik video itu takut dan mahu menjaga hati kedua-dua belah pihak? Atau pun hanya menunggu masa video itu disebarkan?

Pokoknya, berani kerana benar takut kerana salah. Tuhan sentiasa berada di sisi orang yang jujur dan adil.

No comments:

Post a Comment