Monday, April 16, 2012

Hassan Ali masih meraba cari arah dengan IMRnya

Hassan Ali akan terus menangis dengan JATI dan IMR-nya
Hassan Ali, wakil rakyat Gombak Setia yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Selangor pada tahun 2008 masih lagi ingin menarik perhatian orang ramai dengan kenyataan-kenyataan beliau walaupun kini jelas beliau sudah kehilangan taring dan sering dikritik oleh orang ramai.

Beliau telahpun ditendang keluar daripada PAS dan kini sedang meraba-raba mencari parti politik lain untuk bernaung seraya menyambung kerjaya politik beliau.

Sejak Mac 2008, Hassan sudah pun mula memperlekehkan kepimpinan MB Selangor Khalid Ibrahim dan memperkecilkan-kecilkan Pakatan Rakyat. Motif beliau pada masa itu sangat jelas. Beliau sememangnya menginginkan jawatan MB Selangor akan tetapi usaha beliau menemui kegagalan. Sekarang beliau sedang meraba-raba dalam dunia politik tetapi disebabkan beliau mendapat sokongan UMNO dan Perkasa, beliau masih boleh hidup.

IMR Slogan Bodoh dan Kosong

Beliau telah kehilangan kawan daripada parti PAS. Yang beliau gusarkan adalah walaupun mempunyai latarbelakang keagamaan, beliau telah jatuh ke satu tahap yang begitu rendah apabila cuba memalukan bekas rakan PAS yang dipilih untuk menggantikan beliau- seorang doktor perubatan. Beliau menyeru agar si doktor itu pergi untuk mendapat rawatan psikiatri. Ada dikalangan bekas penyokong beliau yang berpendapat bahawa Hassan mengalami masalah psikologi. Beliau dikatakan mempunyai mood yang impulsif dan meroskakkan- trait dan simptom ini dimiliki oleh mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan di mana mereka perlu berkongsi dan melibatkan orang lain.

Setelah dipulaukan penyokong, siri jelajah Hassan Ali hanyalah gimik untuk buat beliau untuk menutup rasa malu.
Hassan juga dikatakan mempunyai tabiat di mana beliau sukar untuk menyimpan perasaan beliau. Ada juga yang mengatakan beliau mempunyai personaliti kacau apabila beliau berhadapan dengan kebimbangan, kesedihan dan perasaan rendah diri. Beliau sekarang kelihatan penat; mental dan fizikal.

Sehingga kini, Hassan sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa beliau telah dibuang daripada PAS, bukan lagi ahli Exco dan impiannya untuk menjadi MB Selangor juga sudah berkecai. Setelah Hassan dibuang daripada PAS, beliau telah diangkat sebagai wira yang memperjuangkan orang Melayu, Islam dan Raja oleh Perkasa dan Umno. Media pro-kerajaan telah menyelamatkan beliau – sentiasa menyiarkan kenyataan-kenyataan beliau yang memburuk-burukkan pembangkang dan Kerajaan Negeri Selangor. Pihak media jelas tidak sedar bahawa isu-isu yang dibangkitkan Hassan adalah isu basi bagi rakyat.

Orang Melayu, Islam dan institusi Raja tidak memerlukan Hassan untuk memperjuangkan mereka. Negara ini mempunyai Perlembagaan dan hak orang Melayu juga bukan Melayu ada termaktub di dalamnya. Islam adalah agama rasmi dan orang bukan Islam pula bebas mengamalkan agama masing-masing. Perlembagaan juga ada menyebut kedudukkan pemerintah. Maka, tidak perlulah Hassan menggembar-gemburkannya kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment