Saturday, April 7, 2012

Debaran Intan-Neelofa di Litar F1


SEMPENA penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia 2012 oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini, penganjur memberi peluang kepada pihak media dan artis untuk merasai sendiri pengalaman kelajuan kereta F1 X2 yang dipandu oleh bekas pelumba F1, Alex Yoong dan Patrick Friesacher.

Dengan kerjasama daripada rakan meja Sukan, Aizawati Ahmad, S3 berjaya membawa pelakon Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 30, dan Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, ke litar Sepang pada 30 Mac lalu.

Nyata kedua-dua pelakon popular itu teruja untuk merasai pengalaman tersebut lebih-lebih bukan mudah dan murah untuk mendapatkan peluang seumpama itu.

S3 difahamkan, jika orang awam ingin merasai pengalaman menaiki kereta F1 X2, mereka perlu membayar sekitar RM18,000.

Setibanya kami di litar tersebut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali sedang berborak dengan Yoong yang ketika itu berehat seketika daripada pemanduan.

Dan kedua-dua artis pula sedang sibuk menyiapkan diri kerana biarpun hanya menjadi penumpang, soal keselamatan tetap menjadi keutamaan.

Sebelum melangkah ke pit, Intan Ladyana dan Neelofa bukan sahaja perlu menjalani pemeriksaan kesihatan tetapi juga memilih pakaian dan kelengkapan meliputi sut kalis api, penutup kepala, sarung tangan, kasut, plug telinga dan topi keledar sebagai langkah keselamatan.

No comments:

Post a Comment