Monday, March 12, 2012

Video, gambar bogel sah pelakon Melia Aimelia (VIDEO)

Klip video lucah berdurasi 10 saat itu dikatakan milik pelakon filem Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimelia
[HM] KUALA LUMPUR: “Saya sanggup bersumpah yang semua gambar dan video itu bukan saya. Apa yang dibuat RotiKaya.com adalah fitnah yang meninggalkan kesan negatif kepada nama saya,” kata Melia Aimelia mengulas mengenai isu video lucah miliknya yang dimuat naik oleh blog hiburan itu.

Pelakon muda itu ketika dihubungi semalam menegaskan dirinya dianiaya hingga membuatkannya tertekan. Klip video lucah berdurasi 10 saat itu dikatakan miliknya dan diserahkan kepada RotiKaya.com oleh seorang pelakon.

Menurut Melia, tindakan pihak RotiKaya.com menyiarkan gambar tersebut dan terus menuduh dirinya adalah tidak profesional.

“Mengapa terus menjatuh hukum sedangkan mereka kawan saya yang boleh menghubungi saya terlebih dulu. Saya sangat kecewa dan berharap pihak berpekuasa dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera,” katanya.

Melia sudahpun membuat laporan di Balai Polis Sentul kerana menyifatkan dirinya difitnah.

Melia yang berada di Terengganu hanya optimis ketika mengulas dan menganggap perkara ini sebagai asam garam menjadi anak seni.


‘Kami ada bukti’

[HM] KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan. 

Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.


“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.

No comments:

Post a Comment