Monday, March 12, 2012

PM guna duit awam untuk majlis tunang anak (4 GAMBAR)


Nooryana Najwa, 22, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev, 22, dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya pada Jumaat malam (17 Jun 2011).

NGO Jingga 13 hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kerajaan membiaya majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pasangannya di Seri Perdana.

Laporan, itu juga menamakan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor. Ia mendakwa bahawa RM409,767 wang rakyat digunakan pada majlis tertutup yang diadakan pada 17 Jun tahun lalu yang  dihadiri oleh pembesar negara , tokoh-tokoh terkenal dan sahabat taulan perdana menteri dan isteri beliau.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa ketika dihubungi berkata, laporan itu dibuat di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam petang ini.

"Kami dedahkan semua dokumen berkaitan, khususnya Borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang dikeluarkan di atas nama Pejabat Perdana Menteri.

"Kami harap bahawa SPRM akan menyiasat dokumen itu dengan  bersifat telus dan profesional dan jika perlu mendakwa Najib di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana salah-gunakan kuasa," kata Fariz.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana majlis swasta itu boleh dianjurkan dengan menggunakan wang rakyat.
Jingga 13 mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan anak perempuan yang bersifat peribadi sejumlah RM409,767 ditanggung oleh rakyat Malaysia
"Jingga 13 mempersoalkan bagaimana majlis pertunangan anak perempuan yang bersifat peribadi sejumlah RM409,767 ditanggung oleh rakyat Malaysia?

"Sejumlah RM18,792 untuk kos jamuan VIP seramai 36 orang yang bernilai RM522 seorang, RM309,975 bagi kos jamuan tetamu seramai 862 orang dan kos pengendalian ialah RM81,000," kata Fariz.

Dokumen yang menunjukkan bahawa Jabatan Perdana Menteri membuat pesanan untuk majlis itu, pertama kali didedahkan oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Walau bagaimanapun, JPM menafikan bahawa dana awam digunakan untuk membiayai jamuan yang diadakan di Shangri-la Hotel itu.

Rafizi turut mendesak Najib supaya membuktikan bahawa perbelanjaan untuk majlis berkenaan ditampung daripada kocek beliau sendiri.

Anak perempuan Najib dan Rosmah, Nooryana Najwa bertunang dengan seorang warga Kazakhstan pada 17 Jun 2011 dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya.

Gambar keluarga Daniyar Nazarbayev
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan majlis pertunangan anak perempuannya, Nooryana Najwa pada Jun tahun lalu, diadakan dengan menggunakan duit kerajaan.

"Perbelanjaan pertunangan anak perempuan PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak," kata mesej menerusi Twitter di bawah akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office) malam ini.

Mesej susulan pula menyebut, "Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat."

Laporan media atas talian awal hari ini memetik PKR mendkawa, pihaknya ada bukti kerajaan telah membiayai majlis pertunangan Nooryana Najwa.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dilaporkan membuat dakwaan itu dengan merujuk kepada satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La, yang didakwa menyediakan katering untuk majlis berkenaan.
Gambar Nooryana Najwa pada majlis konvokesyen
Malah menurut laporan itu, Rafizi mendakwa bahawa kos berjumlah RM409,767 itu dibilkan ke atas Pejabat Perdana Menteri.

Jumlah itu mungkin hanya RM409,767, namun menurut Rafizi, ia menunjukkan sikap kerajaan yang didakwa "menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi."

Majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun 2011 di kompleks Perdana Putra.

Laporan Bernama pada hari pertunangan menyebut bahawa pertunangan anak Najib itu dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev dilangsungkan di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment