Hujung minggu lalu, sebuah akhbar mingguan membuat spekulasi tentang kehamilan Noraniza Idris kerana bentuk badannya yang lebih berisi. Setelah dirisik kepada empunya badan, ternyata spekulasi itu tidak benar. Jelas Noraniza atau panggilan mesranya, Kak Ani, dia tidak hamil sebaliknya mengalami pertambahan berat badan yang ketara.
Sebelum ini memang sudah perasaan, tapi tak buat apa-apa pun. Sebab artikel itu juga Kak Ani telah bernazar. Jika dalam masa sebulan Kak Ani boleh turunkan berat badan sebanyak 5 kilogram, Kak Ani akan buat kenduri pulut kuning di surau atau masjid di kawasan perumahan Kak Ani,” ujar penyanyi yang berkahwin buat kali ketiga dengan seorang utaz pada September tahun lalu.
Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga mendedahkan yang dia sebenarnya tidak merancang untuk menimang cahayamata lagi, namun suaminya, Ustaz Juffri, teringin menimang cahaya perempuan.
“Kalau ikut Kak Ani, dalam usia 44 tahun ini memang sudah tidak mahu hamil lagi. Tapi suami Kak Ani teringin menimang cahayamata perempuan. Dia kata, dapat seorang anak perempuan pun jadilah. Kalau Allah memberi rezeki kepada kami, Kak Ani tidak ada masalah. Kak Ani terima dengan hati terbuka,” ulas Noraniza lagi.
“Saya promosikan minuman ini bukan kerana telah telah dilantik atau dibayar sebagai duta produk ini. Tetapi saya melakukankannya kerana kesedaran diri sendiri. Saya adalah pengguna minuman ini dan saya telah merasai sendiri kebaikan yang diberikan. Saya mahu membantu masyarakat terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan supaya mendapat kesihatan yang lebih baik. Produk ini telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempunyai sijil Halal Ifanca yang diterima oleh masyarakat Islam Sedunia,” ujar Noraniza.
No comments:
Post a Comment