Friday, March 2, 2012

62 Artis! 12 Jam Tanpa Henti! Festival Music Asia di Litar Sepang 17 Mac Ini!

Selepas pelbagai khabar angin serta spekulasi, akhirnya Future Festival Music Asia (FFMA) menyenaraikan barisan 62 artis A-list terdiri daripada artis hebat tempatan mahupun antarabangsa bakal mengegegarkaan Litar  Antarabangsa Sepang dengan persembahan muzik luar biasa!

Dibawakan khas oleh Livescape, festival  muzik antarabangsa ni merupakan julung kali diadakan di Malaysia. Selama 12 jam tanpa henti, FFMA dimeriahkan dengan empat buah pentas, deretan booth juga gerai makanan serta prelbagai aktiviti ‘supersonic’ yang mengujakan.

Satu yang pasti, FFMA akan menjadi tumpuan bukan saja fans tanah air malah termasuk Singapura, Indonesia, Australia dan India juga akan berkumpul untuk menikmati kehangatan festival Asia paling terbesar tahun ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan aksi penyanyi Hip Hop yang sukses meledakkan dengan lebih 100 juta viewers menerusi muzik video terabrunya di YouTube. Selain persembahan menakjubkan penyanyi Punk-dance-Rock James Murphy & Pat Mahoney (LCD Soundsystem/DFA).

Tak cukup dengan itu, adrenalin kehangatan persembahan FFMA turut dilipatkali-gandakan dengan penampilan Hercules & Love Affair dan The Juan Maclean. Project E.A.R mengumumkan yang mereka akan membuat persembahan dengan kemunculan istimewa gitaris kumpulan Angels & Airwaves, David Kennedy. 

Billy The Kid and Donny One berjanji akan memberikan aksi bombastik mereka, Sementara Azran, Shazan Z, Joe Flizzow, Twinkies, Nabila & Kamil, Yansi, Bittersweet, DJ T-Bone, Free Deserters dan DJ Shazz, antara barisan artis tanah air yang akan membuktikan kehebatan mereka di pentas FFM.

No comments:

Post a Comment