Thursday, February 2, 2012

Safee Sali kini Jutawan BolaSepak Gaji RM118,000 Sebulan


Mohd Safee Mohd Sali dikenali sebagai Safee Sali, 28 tahun (dilahirkan pada 29 Januari 1984) anak jati Perak merupakan seorang penyerang handalan di Asia. Teka-teki terus melanda samada beliau akan menerima tawaran gaji bulanan pasukan Johor sebanyak AS$15,000 (RM45,753) oleh Pasukan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang kini di bawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Sekiranya Safee memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara ini bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.

Walaubagaimanapun teka-teki itu sudah terjawab apabila Safee di Cilandak Square, Jakarta Selatan telah memutuskan untuk tidak menerima pelawaan tersebut dan nekad untuk terus menyambung semula kontraknya bersama kelab Pelita Jaya FC, Jakarta Indonesia selama dua tahun lagi.

Safee Sali telah menerima tawaran sebanyak IDR 350 million (RM118,000) sebulan dan juga pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur bernilai lebih RM2 juta bagi tempoh dua tahun dan pakej tambahan iaitu hak imej menerusi tajaan pengiklanan produk tertentu. Ini sekaligus mencatatkan sejarah sebagai jutawan bolasepak pertama negara. Keputusan itu disahkan oleh Pengurusnya, Zakaria Rahim menerusi satu kenyataan media.


Pemain bola antarabangsa ini juga turut ditawarkan oleh salah satu kelab bola sepak Thailand iaitu Muangthong United FC tetapi menurut Safee dia lebih selesa bersama Pelita dan gembira menjalani kehidupannya di Indonesia.

Tahniah Safee. Membina nama Malaysia dalam arena bola sepak dunia. Safee juga pernah mewakili Pasukan Bola Kebangsaan Malaysia di peringkat antarabangsa di mana pasukan Malaysia telah memenangi AFF Suzuki Cup 2010 untuk kali pertama dengan Safee sebagai penjaring terbanyak.

No comments:

Post a Comment