Thursday, February 2, 2012

Neelofa (Azura 2012) – Pernah Punya Pengawal Peribadi (3 GAMBAR)


Hairan pulak dengan publisiti bagai dirancang untuk pelakon baru yang bakat lakonannya belum lagi teruji. Rata-rata media berebut menjadikannya muka depan majalah. Apakah sebabnya? Kerana cantik, menarik dan ‘The Boom’. Muak pula apabila terlampau disogokkan kecantikkannya sedangkan bagi kami setaraf je dengan artis-artis cantik yang lain yang memang sudah terbukti bakat lakonannya.

Sebelum ini kami tidaklah terpanggil sangat untuk bercakap mengenainya kerana belum ada sangat cerita seni yang boleh ditulis. Tetapi bagai dirancang sensasi wanita ini begitu menggelegak. Kurang setahun popularitinya bertebaran sesi alam tanah air. Siapakah Neelofa sebenarnya ? Adakah ada kaitan dengansomeone important in the industry? 

Siapakah Neelofa?

Noor Neelofa Mohd Noor merupakan seorang pelakon, pengacara dan model iklan. Neelofa dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik.

Ayahnya berketurunan Melayu dan ibunya berdarah Pakistan dan Arab. Dia merupakan juara Dewi Remaja 2010. Pendidikannya ialah Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Bandar Sunway, Selangor. Bukan calang-calang juga tu. Bukan hanya cantik di luar, tetapi berpendidikan.


Antara drama lakonannya ialah Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, dan Jiwa dan Lara. Filem lakonannya ialah Azura (versi baru), Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko.
Tahukah anda Neelofa pernah punya pengawal peribadi?

Ibarat seperti seorang puteri raja gayanya, Neelofa pernah mempunyai pengawal peribadi sebelum ini. Menurutnya pengawal peribadi itu sudah tidak bekerja bersamanya dan sekarang dia hanya mengupah seorang pemandu merangkap peneman untuknya yang sering pulang lewat dari lokasi selain menghantarnya. Wow memang dari keluarga yang agak berada Neelofa ni.
Aktiviti seni terbaru?

Azura 2012 (filem pertamanya) telah muncul di pawagam semalam (2.2.2012). Menurut Neelofa, dia begitu berdebar menunggu feedback lakonannya. Dia juga berharap agar masyarakat menilainya sebagai pelakon baru.

“Jangan dibandingkan dengan pelakon hebat lain. Pastinya, saya sudah buat yang terbaik. Ini percubaan pertama kali saya berlakon. Saya tidak sabar juga menunggu dan melihat sendiri hasil filem ini.”

“Yang pastinya jika hendak dibandingkan awal kemunculan hingga saat ini, banyak benda yang saya belajar terutama aspek lontaran dialog, ekspresi dan sebagainya. Terima kasih kepada pengarah, Aziz M Osman dan tenaga produksi Azura 2012 kerana banyak beri tunjuk ajar kepada saya. Begitupun, saya masih belajar untuk jadi lebih baik di masa depan.”

Mengakui teringin belajar berlakon dengan Ellie Suriati dan Fatimah Abu Bakar, tetapi masih belum punya masa kerana terlibat dengan komitmen bersama program Nona dan duta produk kosmetik Avon.

No comments:

Post a Comment