Thursday, February 2, 2012

Nurul Ekasari teruja bersama Pierre Andre

Nurul Ekasari teruja dan seronok bersama Pierre Andre
Pelakon utama filem "Chantek" yang berasal dari Indonesia, Nurul Ekasari memberitahu dia selesa dan seronok bekerja di bawah pengarah muda yang juga merupakan pelakon filem tersebut iaitu Pierre Andre.

Nurul mengakui Pierre adalah seorang pengarah yang bagus dan banyak membantunya dalam menjayakan watak yang diberikan kepadanya.

"Pierre seorang yang baik dan bijak. Dia banyak membantu saya untuk memperbaiki dan menjiwai watak saya dengan lebih baik," ujar pelakon berusia 25 tahun ini yang ditemui selepas pra-tonton filem "Chantek" di Cathay e@Curve baru-baru ini.

Gadis berasal dari Jakarta ini memegang watak sebagai seorang pembantu rumah kepada Ad (lakonan Pierre) dalam filem tersebut. 

Dia diberi kepercayaan dan ditawarkan watak utama selepas menjalani uji bakat yang diadakan oleh Pierre ketika berada di Indonesia.

Nurul Ekasari ketika majlis pra-tonton filem "Chantek" di Cathay e@Curve baru-baru ini.
Sebelum itu, pengarah berusia 26 tahun ini memberitahu Nurul dipilih kerana dia mempunyai karakter yang sesuai dengan watak tersebut.

"Chantek" bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Februari 2012.

No comments:

Post a Comment