Wednesday, February 29, 2012

Lagu Awan Nano Bakal Difilemkan?


Baru-baru ini berlangsungnya kenduri kesyukuran anjuran Astro bagi meraikan kejayaan Hafiz di Anugerah Juara Lagu 26. Sekadar majlis ringkas yang cukup santai, rata-rata tetamu yang hadir pastinya cukup teruja bagi meraikan kejayaan Juara Akademi Fantasia 7 itu.

Juara Akademi Fantasia musim ketujuh itu berkata, idea penganjuran itu memang sudah dirancang sejurus kemenangan di AJL26 pada 29 Januari lalu.

“Saya memang sudah merancang untuk anjurkan majlis kesyukuran ini. Kebetulan pula pihak Astro selaku pengurusan juga bersetuju untuk turut serta. Majlis ini sebagai tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang banyak membantu dan menyokong saya selama ini termasuklah komposer, teman-teman industri, peminat dan keluarga,” katanya.

Kejayaan lagu Awan Nano ciptaan M.Nasir dengan lirik oleh Buddhi Hekayat, pastinya pihak Astro memiliki rancangan seterusnya bagi memanjangkan lagi hayat tajuk lagu tersebut. Kami dengar, kini pihak Astro telah pun merangka rancangan untuk menerbitkan filem dengan tajuk yang sama.

Kami sudah boleh mengagak ia akan berlaku satu hari nanti dan pastinya jalan cerita yang mahu ditampilkan ada kena mengena dengan klip video nyanyian Hafiz dan juga persembahannya sewaktu di AJL.

Nama penyanyi Herman Tino pasti berada dalam senarai Astro untuk membintangi filem tersebut kerana kelibat penyanyi yang cukup dikenali dengan selempang kain pelikatnya itu cukup berkesan baik di dalam muzik video mahu pun di pentas AJL.

Mampukah nama Hafiz menjadi taruhan terbesar untuk filem yang bakal diberi tajuk Awan Nano itu kelak apabila ditayangkan? Bagaimana dengan anda? Setuju atau tidak Awan Nano difilemkan?

No comments:

Post a Comment