Tuesday, February 28, 2012

Kelab Malam Khusus Untuk Remaja Bawah Umur Berfoya (18 GAMBAR)


Kelab malam ialah sejenis tempat hiburan yang dibuka pada waktu larut malam. Walaupun merupakan sejenis kedai minuman, namun kelab malam berbeza dengan bar, pub atau warung kerana ia dilengkapi dengan ruang untuk menari dan perkhidmatan DJ yang memainkan muzik pop dan tarian yang rancak.

Biasanya, setiap negara akan mengenakan peraturan yang hanya membenarkan pengunjung yang berusia 18 tahun ke atas sahaja untuk memasuki kelab malam seperti ini.

Namun berbeza di Rusia, apabila sebuah kelab malam dibuka khusus untuk budak-budak bawah umur. Kelab malam yang diberi nama Underground Garage ini membenarkan remaja bawah umur yang masih bersekolah untuk berpesta sebebas-bebasnya sehingga pagi hari.

Difahamkan, di Rusia tidak ada undang-undang khusus had umur yang menghalang remaja bawah umur untuk mengambil minuman keras. Jadi, mungkin ini caranya bagi mereka di Russia untuk mengawal keadaan dengan mewujudkan tempat khusus bagi mengasingkan orang dewasa dan budak-budak bawah umur. Pelik, tetapi itulah undang-undang di sana. 

Lagi gambar-gambar menarik:




















No comments:

Post a Comment