Thursday, January 12, 2012

Sony Tablet S di Malaysia Feb. ini (4 GAMBAR)

Sony Tablet S menggunakan sistem operasi Android 3.1 Honeycomb

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Sony (M) Sdn. Bhd. mengumumkan pelancaran komputer tablet pertamanya, Sony Tablet S yang akan mula berada di Malaysia pada akhir Februari ini.

Bahagian Pengurusan Pengaktifan Jenama Sony, Pang Chir Hoy berkata, peranti tablet pertama keluaran Sony itu dijangka dijual pada harga sekitar bawah RM2,000 untuk bersaing dengan jenama-jenama lain di pasaran.

Sony Tablet S berbentuk buku yang boleh dilipat, berukuran 9.4 inci dengan paparan skrin sesentuh dan mempunyai pemprosesan NVIDIA Tegra 2 mobile.

Chir Hoy berkata, peranti terbaharu itu turut dilengkapi dengan pelbagai aplikasi, skrin resolusi tinggi dengan berat 598 gram.

"Ia diperkenalkan dengan dua saiz pengstoran iaitu 16GB dan 32 GB versi wi-fi sahaja yang dilengkapi Android 3.2 boleh dinaik taraf kepada Android 4.0 di masa depan," katanya kepada pemberita di pra tonton di sini hari ini.

Sony Tablet S membawakan cip pemprosesan NVIDIA Tegra 2 dengan kelajuan 1GHz, memori sebanyak 1GB RAM, skrin seluas 9.4-inci, kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan untuk sokongan panggilan video. Ianya juga turut sama membawakan sokongan port USB, dan juga slot khas untuk kad SD.

Antara ciri lain peranti itu ialah ia dilengkapi dengan kamera depan 0.3 mega piksel dan 5.11 mega piksel kamera belakang, mikro USB 2.0, fon kepala, bluetooth dan slot memori SD.

Menurut Chir Hoy, keupayaan Sony Tablet S lebih kepada hiburan kerana kemampuannya boleh disambung kepada televisyen LCD.

Selain itu ia juga boleh berfungsi sebagai alat kawalan jauh untuk televisyen, Astro dan peralatan multi media lain.

Beliau berkata, tablet itu juga mampu berfungsi sebagai peranti bersilang dengan peralatan hiburan kediaman lain dan berkongsi kandungan hiburan tanpa wayar dengan rakan-rakan serta ahli keluarga.

Sony Tablet P pula merupakan tablet dwi-skrin daripada Sony, yang mana membawakan dua skrin 5.5-inci yang boleh ditutup seperti buku, dan juga cip pemprosesan NVIDIA Tegra 2 sama seperti Sony Tablet S. Tarikh pelancaran dan harga untuknya masih tidak diketahui buat masa ini.
"Pengenalan peranti terbaru bakal merubah kehidupan pengguna di masa depan, dan berharap ia akan menerima sambutan di kalangan remaja khasnya," kata beliau.


No comments:

Post a Comment