Thursday, January 12, 2012

Rozita Che Wan dedah rahsia tebaru


KUALA LUMPUR 11 Jan. - Walaupun sibuk menerima pelbagai tawaran berlakon aktres wanita terkenal Rozita Che Wan tetap menerima undangan segmen Jom Chat Bersama... di ibu pejabat Utusan Melayu (M) semalam.

Selain menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan peminat secara interaktif, Rozita sebelum itu turut dibawa melawat pejabat Jabatan Pengarang.

Menurut Rozita, peluang berbual secara santai itu digunakan untuk menyatakan penghargaan kepada peminat setianya.

"Saya amat berbesar hati menerima pelawaan ini dan ucapan terima kasih juga untuk peminat saya yang tidak jemu memberikan sokongan mereka," katanya di sini malam ini.

Diminta berkongsi rahsia kejelitaannya, Rozita berkata, rutin kecantikannya agak mudah tetapi paling penting adalah disiplin diri.

"Saya amat mementingkan sarapan pagi kerana ia dapat membantu saya mendapatkan hari yang lebih segar," katanya yang kini merupakan duta kepada produk kecantikan Safi Rania Gold.

Sementara itu segmen Jom Chat Bersama... yang diwujudkan lebih setahun telah mengundang ramai selebriti terkenal negara termasuk Ning Baizura, Shaheizy Sam dan Najwa Latiff.

No comments:

Post a Comment