Sunday, January 1, 2012

Ramlah Ram Nafi Sekerasnya Gosip Bercinta Dengan Lelaki Muda (VIDEO)


Selama ini tuan empunya diri boleh dikata selamat dari di himpit cerita kontroversi mahupun gosip panas. Tapi sejak beberapa hari lalu, Ramlah Ram dikhabarkan kononnya menjalin hubungan cinta dengan pengurus peribadinya yang berusia 20-an. Senang kata, Kak Melah ada anak ikan... Hmmm.

Berpeluang bertemu dengan pelantun Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu ni di sidang media Mentor 6, semalam, MD mendapatkan penjelasan sejauh mana kebenaran cerita tersebut seperti mana dalam laporan akhbar baru-baru ini.

Penyanyi berusia 46 tahun itu nyata terkejut apabila dikaitkan mempunyai hubungan dengan pengurus peribadinya, Hafiz. Menyifatkan gosip itu 'busuk'. Malah memberitahu, secara tidak langsung telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang penyanyi yang sentiasa menjaga rekod bersih sepanjang lebih 20 tahun berada dalam industri hiburan tempatan.

"Cerita tu tak benar sama sekali. Semua itu fitnah. Sebenarnya saya malas nak ulas gosip ini panjang lebar kerana ia telah memalukan diri saya dan keluarga. Saya pun telah berjumpa dengan penulis artikel tersebut dan menjelaskan situasi yang sebenar", katanya kepada pihak media.

"Memang Hafiz sudah dua tahun bekerja untuk saya tetapi dia bukanlah seperti yang didakwa itu. Malah kami bekerja secara profesional. Lagipun dengan usia saya yang sudah meningkat begini, malu dibuatnya apabila gosip mengarut seperti ini disebarkan kepada khalayak," 

Menurut penyanyi yang kini sedang sedang rancak dengan single baru, Sesaat Kau Datang (featuring dengan duo Sleeq), dia tahu siapa dalang yang menyebarkan fitnah tersebut. Cuma tidak pasti bagaimana dan apa puncanya cerita tersebut boleh tiba-tiba timbul. Katanya juga, barangkali individu itu tidak berpuas hati dengannya dari segi soal kerja.

Bagaimanapun, dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut. Kerana tidak mahu perkara itu diperbesar-besarkan lagi. 


"Perkara ini memang telah memalukan  Cukup-cukup lah. Tolong hentikan fitnah ini. Penulis itu pun telah meminta maaf. Tapi nak memaafkan tu... sebagai manusia, kita pun tak sempurna mana. Jadi, InsyaAllah. Buat masa ni hati saya ni masih rasa geram lagi," ujarnya lagi yang juga merupakan salah seorang mentor musim keenam pada yang akan bermula, tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment