Friday, January 6, 2012

Padah Asyik Berkepit, Hafiz AF7, Adira AF8 Berpisah


Hafiz dan Adiira cuba merenggangkan hubungan sesama mereka
KUALA LUMPUR, 6 JAN 2012: Tidak bergaduh mahu pun bermusuhan sebaliknya jelas juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz AF7, hubungan cintanya bersama Adira AF8 telah pun berakhir secara baik.

Malah kata Hafiz AF7, merenggangkan hubungan antara mereka adalah jalan terbaik dilakukan demi kebaikan bersama.

"Kami tidak bergaduh mahu pun bermusuhan. Cuma antara kami memang sudah membawa haluan sendiri. Kami juga cuba merenggangkan hubungan antara kami untuk kebaikan masing-masing.

"Daripada berlarutan dan lebih banyak kesusahan dialami lebih baik jalan tersebut dipilih untuk kebaikan bersama," jelasnya membuka bicara mengenai cintanya yang telah terlerai.

Bukan tidak sayang, sebaliknya kata Hafiz AF7, pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang mereka bersama malah ada juga yang kurang senang dengan mereka berdua sepanjang bergelar kekasih.

"Ada yang cakap asyik berkepit sahaja mereka berdua ini dan saya tidak mahu semua itu membuatkan timbulnya masalah pada kami. Apabila timbul masalah kami akan memikirkannya dan secara tidak langsung menganggu fokus kerja kami," katanya cinta antara mereka terjalin selama setahun.

Menafikan wujudnya pihak ketiga, sebaliknya kata Hafiz AF7, perpisahan tersebut diambil bagi memberi peluang kepada kedua-dua mereka untuk fokus kepada kerjaya memandangkan usia yang masih lagi muda.

"Saya tidak mahu perkara cinta berkenaan menganggu fokus kerja saya dan perpisahan tersebut memberi hikmah yang lebih baik. Sempena tahun baru saya mahu membuka buku baru dan melupakan segala yang berlaku pada tahun lalu.

"Saya memang perkara tersebut dari sudut positif dan kami masih muda banyak lagi perkara yang harus diberi penekanan,"jelasnya yang menafikan popularitinya semakin merudum selepas mengakui bercinta dengan Adira.

No comments:

Post a Comment