Friday, January 6, 2012

Kenapa Aznil tinggalkan ERA? (2 GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 6 JANUARI2012: Setelah hampir empat tahun mengendalikan segmen paling popular, Riuh Pagi Era (RPE) di radio Era FM, akhirnya pengacara terkenal tanah air, Aznil Hj Nawawi mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada mengendalikan program berkenaan sejak Disember lalu.

Keputusan tersebut diambil atas beberapa faktor antaranya ialah dia tidak mampu membahagikan masa untuk mengendalikan bidang pengacaraan dan radio.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk saya fokus kepada bidang pengacaraan saya kembali. Kalau hendak diikutkan bukan mudah untuk saya membahagikan masa kepada dua kerja namun berjaya melakukannya selama empat tahun mengendalikan bidang pengacaraan dan penyampaian radio.Saya terpaksa masuk tidur pada jam 9 malam dan jam 4 pagi saya sudah bangun untuk ke konti Era bagi mengendalikan segmen RPE, kemudian jam 1 petang pula saya terus ke program TV dan perkara tersebut berulang hampir setiap hari.

"Tambahan pula tahun ini saya bakal mencecah usia 50 tahun, bukan semakin muda. Jadi kudrat pun semakin berkurangan dan saya perlukan waktu rehat dan senaman yang lebih untuk diri saya.Lagipun sukar untuk saya mengekalkan kualiti kerja yang tinggi jika masa rehat saya tidak mencukupi setiap hari," jelasnya selepas sidang media On Air, di Restoran Garibaldi, Bangsar Village 1, petang semalam.

Terdahulu pada tahun 2009, Aznil bergandingan bersama arwah Din Beramboi sebagai pasangan juruhebah untuk segmen Riuh Pagi di Era.

Kemudian setelah pemergian Din Beramboi, tidak lama selepas itu Aznil bergandingan bersama pasangan penyampai radio Ray dan Hanif untuk segmen tersebut.

Sungguhpun begitu, Aznil akui dia masih sayangkan bidang penyampaian radio dan meminta pihak radio Era menempatkannya di segmen Hujung Minggu di Era pada hari Sabtu dan Ahad.

"Walaubagaimanapun saya masih kekal menjadi penyampai di Era pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Memang sukar untuk saya tinggalkan terus kerjaya berkenaan. Jadi ini salah satu cara mengubat rindu saya kepada bidang tersebut," tambah Aznil.

Setelah ketiadaan Aznil, kini segmen RPE telah digantikan dengan pelawak Johan Raja Lawak bersama pasangan Ray dan Hanif yang masih dikekalkan untuk segmen tersebut.

"Saya lihat ramai yang sukakan kehadiran Johan Raja Lawak. Saya rasa dia adalah orang yang tepat menggantikan tempat saya kerana dia adalah seorang pelawak yang menghiburkan.

"Kalau hendak dibandingkan saya yang bukan pelawak tetapi hanya tahu melawak sahaja sebelum ini. Saya rasa Johan adalah pilihan yang tepat selepas arwah Din Beramboi," luahnya.

Pengacara Tom Tom Bak ini bakal memberikan perhatian kepada tujuh program TV yang akan dikendalikannya pada tahun 2012 ini.

Kontroveri mengaitkan Aznil dan politik tanah Air

Aznil sedang tweet untuk memberitahu followersnya

Hmm.. sejak bila Aznil berminat untuk mengikuti perkembangan politik ni? Dulu tak pernah nampak pun? Setahu Mc, Aznil atau yang digelarkan Pak Nil oleh orang muda. Baru saja meletakkan jawatan sebagai DJ Era Fm. Katanya untuk menumpukan pada kariernya yang lain.




Tup tup, Aznil muncul di PWTC dan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO. Apakah Aznil mahu mengaktifkan diri dalam politik secara serius?



Atau sememangnya beliau berniat untuk menganggotai UMNO dan membantu jentera parti kelak?



Atau beliau diantara calon boleh menang yang patut UMNO ketengahkan?



Namun kehadiran Aznil ke PAU rasanya sudah cukup membuktikan beliau amat berminat untuk membantu UMNO dalam kempen PRU ke 13 nanti.

No comments:

Post a Comment