Wednesday, January 4, 2012

Os Baiki Teksi, Abon Ke Umrah Guna Duit MLM


KUALA LUMPUR, 4 JAN 2012: Pelawak otai Mr. Os dan Abon atau lebih mesra dengan panggilan Osbon sama sekali tidak menyangka mampu bergelar juara Majaraja Lawak Mega (MLM) yang telah pun berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, Jumaat lalu.

Mengakui kemenangan tersebut sebagai satu kejutan, kedua-dua pelawak tersebut memberitahu bakal membelanjakan duit kemenangan itu buat diri sendiri dan keluarga.

Jelas Os, duit kemenangan tersebut akan digunakan untuk memperbaiki teksi yang digunakan sebagai mata pencariannya selama ini.

"Sebelum ini, ada wartawan bertanya kepada saya, andai kata wang itu menjadi milik kami, apa yang bakal kami lakukan. Saya hanya menjawab, saya akan memperbaiki teksi saya.

"Pada malam ini, ternyata soalan itu diajukan sekali lagi dan jawapan saya tetap sama iaitu saya akan perbaiki teksi saya supaya berada dalam keadaan yang baik agar penumpang selesa. Saya tidak akan membeli teksi baru," ujarnya dalam nada rendah diri.

Dalam pada itu, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 51, pula berhasrat menggunakan wang kemenangan tersebut untuk membawa keluarganya menjejaki bumi suci Mekah.

"Os sudah pun menziarahi Kaabah. Insya-Allah, dengan wang ini, saya akan menunaikan umrah bersama keluarga saya," ujarnya.

Sementara itu,ketika ditanya Osbon benarkan mereka ada menerima tawaran membintangi filem sama seperti juara Maharaja Lawak iaitu Sepah, baik Os mahupun Abon bersyukur sekiranya perkara tersebut ditawarkan kepada mereka.

"Jika benar tawaran itu ada, Insya-Allah, kami akan menerimanya. Tetapi ada ke orang yang hendak ambil orang yang muka koyak macam kami berlakon filem? Masih ada peminat lagi ke kami ini.

"Apapun, terima kasih kepada yang menyokong kami selama kami dalam MLM. Kami tidak menyangka, lawak-lawak daripada orang lama masih lagi diterima bukan saja mereka yang umurnya seangkatan dengan kami,bahkan anak-anak muda masa kini turut sama dapat menerima kami," jelas Abon.

Untuk mengetahui lebih lanjut pengakuan mereka, jangan lupa menonton Apa Kata M? Episod terakhir bagi siaran MLM di murai.com.my pada Khamis mulai jam 6 petang.

Tidak ketinggalan, AKM yang ditaja Homegrown Productions akan disiarkan seperti biasa di Astro Prima (Saluran 105) dan Astro Warna (Saluran 132) jam 9.55 malam.

No comments:

Post a Comment