Friday, December 2, 2011

Songkok UMNO berharga RM800 satu


KUALA LUMPUR: Songkok Umno yang direka khas buat pertama kali sempena Perhimpunan Agung Umno tahun ini bakal menjadi rebutan sepanjang lima hari perhimpunan itu berlangsung. bermula semalam.

Keunikan songkok itu termasuk menampilkan logo Umno yang dijahit berasaskan sulaman tangan selain dihasilkan menggunakan baldu British berkualiti tinggi.

Pengarah Urusan Tebing Resource, Anhdeer Supardy Lazuari berkata, ini pertama kali pihaknya menyertai gerai jualan sempena Perhimpunan Agung Umno dan menjangkakan produk khas itu mampu menjadi antara barangan tumpuan.

Menurutnya, songkok itu dijual pada harga RM800 seunit dan disasarkan kepada pengunjung terutama perwakilan dari seluruh negara.

Difahamkan, setiap pembelian songkok itu disertakan dengan kotak kayu yang diukir khas berbanding songkok biasa yang hanya menggunakan kotak kertas sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding songkok lain.

“Sepanjang lima hari perhimpunan, kami menyasarkan 1,000 unit songkok Umno dijual, malah tidak sampai dua jam gerai dibuka, kami sudah menerima 10 tempahan,” katanya.

Selain songkok Umno, pelbagai songkok lain turut dijual di gerai berkenaan antaranya songkok baldu Korea pada harga antara RM60 hingga RM200 setiap satu.