Wednesday, December 14, 2011

Shahidan perasan kata dia calon boleh menang


KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau adalah winnable candidate iaitu calon boleh menang untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kelak.

Bekas Menteri Besar Perlis itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Tambun Tulang berkata, keyakinan itu berdasarkan pandangan rakyat di kawasannya.

”Saya duduk dari pagi sampai ke malam di kawasan saya sahaja, jumpa rakyat. Kalau macam itu bukan winnable candidate, apa makna sebenarnya?” katanya.

Dalam laman Facebook­nya, Shahidan turut mengulas mengenai calon boleh menang bagi semua kawasan di Perlis, dengan memberi penilaian baik, sederhana baik, buruk dan terburuk.

“Pas tak akan jadi pemerintah sebab dia minoriti. Kalau nak jadi pemerintah pun DAP. Tapi kalau dia jadi pemerintah, bolehkah dia mewakili rakyat?” katanya.

Menyentuh politik di Perlis, beliau berkata, Umno dan BN boleh mengekalkan negeri itu pada pilihan raya ini dengan syarat, parti perlu memperkukuhkan anggota dan parti.berkesan.