Saturday, December 31, 2011

Rozita Che Wan Bermadu kasih Bersama Zain Saidin?


Tidak habis-habis dengan gosip percintaan bersama selebriti lelaki meningkat naik, kali ini gosip terbaru menguatkan lagi bukti bahawa Rozita Che Wan sedang bermadu kasih bersama pelakon Gemersik Kelabu, Zain Saidin.

Namun gosip cinta ini dinafikan sekerasnya oleh Rozita Che Wan yang mengakui bahawa Zain Saidin hanya menemani dia dan keluarganya bercuti di Genting Highland. Menurut mStar, mereka mendapat maklumat dari pekerja pusat peranginan disana dan percutian ini turut disertai oleh anak-anak lelaki Rozita Che Wan iaitu iaitu Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12, yang sedang bercuti sekolah.

Antara alasan yang dikemukakan Rozita Che Wan ketika ditemubual oleh wartawan mStar ialah, Zain Saidin hanya menemani keluarganya kerana Zain dikatakan rapat dengan anak-anak lelakinya dan sebagai bukti, ketika Rozita ditemubual, Zain sedang bermain futsal bersama anak-anak lelakinya.

Tidak tahulah apa yang akan terjadi selepas ini. Lepas seorang demi seorang dikaitkan dengan Rozita Che Wan, janda beranak 2 ini benar-benar inginkan seseorang yang boleh mengisi kekosongan hatinya dan yang pasti, Zain Saidin mempunyai ciri-ciri lelaki yang dikehendaki. Siapa tahu mungkin Rozita meminati lelaki berbadan sasa yang boleh rapat bersama anaknya?

No comments:

Post a Comment