Wednesday, December 28, 2011

Miera Liyana: Saya jadi mangsa Pereka Fesyen, Wan Huzairil (6 GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 28 DISEMBER 2011: Hanya kerana pakaian menjolok mata yang direka oleh pereka fesyen tempatan, Wan Huzairil, nama pelakon baryu Miela Liyana,18, mendadak naik bak termometer hangat membara.

Dek kerana pakaian yang hampir menunjukan alat sulitnya ketika menghadiri majlis anjuran Rafflesia Pearl Centre itu juga, nama Miera Liyana terpahat di minda sesiapa saja sepanjang 2011, walaupun detik hitam itu sudah lama berlalu.

Berlandaskan kesilapan itu, gadis yang bakal menjangkau usia 19 tahun pada 2012 nyata mengambil langkah berhati-hati dalam setiap pakaian yang direka oleh pereka fesyen pilihannya sebelum mengambil keputusan menggayakannya.

Malah dia menganggap kontroversi yang melandanya itu sebagai panduan terbaik untuk dia terus gigih menjalani hidup sebagai anak seni.

"Apa yang saya harapkan sekarang ini, agar saya boleh kembali kepada masa itu. Tapi apakan daya, saya hanya manusia biasa. Biarlah orang nak ingat dan terbayang pakaian saya itu kerana saya tidak boleh menghalangnya daripada berlaku.

"Semua orang buat kesilapan. Seperti juga pelakon-pelakon senior seperti Nasha Aziz dan Erra Fazira yang pernah dilanda dengan kontroversi lebih hebat, begitu juga dengan saya. Jadi saya tidak akan mengalah," katanya yang menggemarkan fesyen ringkas.

Menganggap peristiwa itu sebagai kelalaian dirinya, Miera berkata apa yang terjadi juga kerana dirinya yang masih mentah dalam memahami selok belok dunia seni, apatah lagi apabila perlu bekerjasama dengan pereka fesyen.


"Sebagai pendatang baru saya tidak boleh memilih mana-mana pereka fesyen kesukaan saya. Takut pula dikatakan demand. Malah saya juga tidak boleh menyuarakan pandangan saya kerana pakaian itu adalah pakaian tajaan.

"Saya juga tidak tahu bagaimana proses sesebuah baju itu disiapkan. Lebih-lebih lagi apabila sebenarnya baju itu perlu di fitting terlebih dahulu sebelum menggayakannya. Apa yang saya tahu, saya telah disuruh menggayakan baju itu dalam tempoh dua hingga tiga jam sebelum majlis bermula.

"Terus terang, saya adalah seorang gadis biasa yang masih baru dan tak tahu apa-apa. Saya mengaku, dalam peristiwa ini saya telah menjadi mangsa fesyen," katanya berterus- terang.

Meminati rekaan fesyen dari rumah fesyen Versace dan Vera Wang, dia berkata sebagai pelakon dia perlu bijak mengatur gayanya apatah lagi perlu arif menjalinkan hubungan baik dengan ramai pereka fesyen tempatan.

Atas kesilapan lampau itu juga, dia sudah bisa memilih pereka fesyen kegemarannya seperti Ariff Syukor dan Hatta Dolmat yang sering digayakannya dalam mana-mana acara rasmi mahupun tidak rasmi.

"Saya sukakan rekaan yang ringkas tetapi tampak muda, sesuai dengan usia saya. Kalau boleh saya akan elakan daripada memakai pakaian yang terlalu sarat.

"Untunglah ibu saya juga seorang yang gemar berfesyen. Jadi apabila kami bercuti bersama seperti ke Singapura, pastinya kami akan membeli pakaian baru daripada pereka muda di sana," katanya yang telah dihadiahkan dengan gaun mini daripada ibu tersayang sempena sambutan hari lahirnya baru-baru ini.






No comments:

Post a Comment