Tuesday, December 20, 2011

Isteri Zed Zaidi, Nelly Natalia Hamil (5 GAMBAR)


Pelakon-penerbit Zed Zaidi berkongsi khabar gumbira menerusi lama sosial Twitter dan Facebook mengumumkan isteri tercintanya, Nelly Natalia, sah hamil.

Menurut kenyataan blog hiburan OhBulan, awal pagi semalam Zed menemani isterinya ke klinik untuk berjumpa doktor dan membuat pemeriksaan. Sementelah, Nelly yang sejak kebelakangan ni mengalami simptom-simptom pertama kehamilan. Doktor telah mengesahkan Nelly hamil enam minggu lima hari.

Kira-kira sebulan lalu, mD ada menemubual penerbit filem Taiko ni dan bertanyakan kehidupan setelah bergelar suami dan perancangan menimang cahaya mata setelah hampir tujuh bulan melayari bahtera perkahwinan. Ketika itu kata Zed, dia dan isteri tak amalkan family planning pun. Sama ada cepat atau lambat dikurniakan zuriat, segalanya di serahkan pada-Nya.

Malah dengan nada bergurau Zed ada juga mengatakan, "nak buat anak ni, kita tak boleh stress”. 

Nampaknya dengan berita gembira ni, telah membuktikan Zed & Nelly bahagia dan kurang stress dalam menjalani rutin kehidupan rumah tangga mereka.


Apapun, mD ucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan baik!