Tuesday, December 20, 2011

Farid Kamil & Diana Danielle Dah Mula Bincang Soal Kahwin (4 GAMBAR)


Sedar tak sedar, sudah hampir tiga tahun pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danille menyulam cinta. Meskipun satu ketika mereka pernah putus, orang kata kalau jodoh tu kuat, takkan ke mana. Sekitar bulan Mei lalu, ikatan cinta mereka kembali bertaut. Diana sendiri yang mengesahkan di laman Twitter miliknya. Penulis juga ada terperasan satu dua mesej manja-manja romantik mereka berdua di laman Twitter.

Memetik laporan portal hiburan Gua.com, di katakan bukan main romantik lagi pasangan dua sejoli itu apabila datang bersama dengan satu kenderaan, ke sidang media filem terbaru mereka, ‘Hantu Gangster’ di Taman Pengkalan Batu, Klang, kelmarin. 

Itu sebelum mereka sedar akan kehadiran lebih dulu beberapa para media. Namun sepanjang berada di lokasi, Farid dan Diana cuba untuk tidak duduk bersama-sama. Malah, ketika sesi bergambar beramai-ramai dengan pelakon lain serta pengarah pun, Diana menolak untuk bersebelahan dengan Farid.

Seterusnya, ketika di minta untuk mengambil gambar berdua, lagilah mereka tidak mahu. Pun begitu Farid memberitahu, mereka sekarang sedang menunggu seru ke arah kebaikan (chewah!). Malah sudah ada perbincangan yang terperinci tentang 'perkara itu' (kahwin), tapi bila tarikhnya, tidak diketahui lagi.

Sementara Diana pula turut menyatakan, hubungan dia dan Farid, dalam keadaan baik. Diana juga tidak menafikan yang mereka ada bercakap mengenai perkahwinan. Hanya sekadar bercakap. Memandangkan usianya pun masih muda (baru 20 tahun), baginya banyak perkara yang perlu dipelajari untuk bergelar isteri. Nampak gayanya lambat lah lagi sebab lagipun Diana merancang untuk menyambung pelajaran dulu.