Wednesday, December 7, 2011

Festival Monodrama Bersama Norish Karman, Jasmin Hamid & Misha Omar!



Beralaskan matlamat mahu menggalakkan penghasilan monodrama yang sekan tidak dikembangkan kepada khalayak masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Festival Monodrama bertempat di Panggung Lambang Sari, Istana budaya pada 12 dan 13 Disember ini.

Apa yang menarik, festival ini turut menyaksikan kehadiran pelakon handalan seperti Jasmin Hamid, Norish Karman dan Misha Omar sebagai artis undangan menerusi kerjasama antara DBP, Istana Budaya dan CTRA Production.

“Ketiga-tiga artis ini akan membuat persembahan monolog selama 15 minit sepanjang dua hari festival berlangsung selain turut disajikan dengan persembahan monodrama daripada lapan pelakon teater amatur,”

“Pemilihan ketiga-tiga artis ini dibuat berdasarkan  bakat, pengalaman dalam lakonan teater dan jadual terhadap persembahan ini,” ujar Pengarah Jabatan Pengembangan bahasa dan Sastera DBP, Sallehuddin Abang Shokeran ketika ditemui pada sidang media Festival Monodrama, di Istana Budaya petang semalam.

Tambah Sallehuddin lagi, festival ini turut mensasarkan misi mahu masyarakat tahu tentang kewujudan monodrama dan mencetuskan minat mereka untuk datang dan memahami mondrama ini sebagai satu bentuk teater. disamping dapat menyemarakkan lagi kegiatan teater tanah air melalui bentuk persembahan yang ringkas dan berbajet rendah, namun punya impak besar dari segi lakonan dan naskah.

Ingin tahu dengan lebih lanjut apa itu Monodrama sekaligus menyaksikan lakonan tiga figura seni tanahair ini? Apa tunggu lagi, jangan lupa untuk mendapatkan tiket persembahan berharga RM10 dan RM20 di kaunter tiket Istana Budaya bermula hari ini.