Monday, November 14, 2011

Zarina goncang iman rakyat Indonesia pula? (2 GAMBAR)


Siapa tak kenal Zarina Anne Julie atau sekarang dah tukar nama jadi Zarina Anjoulie Lavocah. Pelakon yang satu ini sebelum ini telah memanaskan media dan dunia internet tempatan dengan gambar-gambar hot lagi seksinya. Bukan sekatat pakaian terdedah sana-sini tapi juga foto-foto panasnya bercumbuan dengan lelaki serta aksi-aksinya di disko.


Zarina kini telah "go international" apabila tampil sebagai cover-girl untuk majalah FHM versi Indonesia - majalah yang terkenal menampilkan wanita-wanita berposing seksi dan maut. Lihatlah antara aksi Zarina dalam majalah keluaran Oktober ini.

Kalaulah ia terbit bulan November pastilah FHM ini meletup dan extra-printing sebab bulan ini ramai orang Malaysia ke Jakarta dan Palembang sebab ada Sukan SEA. Kalau ada saki baki edisi bulan Oktober aku ingat ia akan laris macam pisang salai.





Apa pun aku ucap tahniah kepada Zarina kerana membantu mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia.Sekurang-kurangnya Benteng Indonesia (Bendera) atau mana-mana pertubuhan yang nak berdemo dan ganyang Malaysia akan berfikir 14 kali. Ganyang Malaysia bererti juga ganyang Zarina Anjoulie... Lalu kalau sebelum ini mereka laung-laungkan "GANYANG MALAYSIA... SELAMATKAN SITI NURHALIZA" aku percaya selepas ini mereka akan laungkan "GANYANG MALAYSIA.... SELAMATKAN SITI NURHALIZA DAN ZARINA ANJOULIE"

No comments:

Post a Comment