Monday, November 21, 2011

Zahiril Adzim & Shera Aiyob Kini Bergelar Suami Isteri (3 GAMBAR)


Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juga penulis buku Bogel Menuju Tuhan iaitu Zahiril Adzim telah sah menjadi suami kepada Shera Aiyob dalam majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman pihak perempuan di Taman Tasek Indra, Perak, sekitar jam 10.30 pagi tadi. Mereka dinikahkan oleh bapa Shera sendiri iaitu Aiyob Bin Shaharuddin.


Di majlis pernikahan tersebut, Shera menerima mas kahwin berjumlah RM1001.00 dan wang hantaran sebanyak RM18 ribu berserta 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan 13 dulang daripada pihak perempuan.

Tahniah kami ucapkan kepada Zahiril dan Shera kerana sudah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan selamat menempuhi alam rumah tangga. Kami doakan semoga ikatan yang tersimpul ini akan berkekalan selamanya.