Friday, November 18, 2011

Zahid AF2 Nafikan Ingin Berkahwin Hujung Tahun Ini!


Kecoh sebentar dunia hiburan apabila dikhabarkan bahawa Zahid AF2 akan berkahwin pada hujung tahun ini.

Menurut laman gosip tersebut, Zahid dikhabarkan akan berkahwin dengan seorang anak kerabat diraja Pahang dan sumber ini telah diberikan oleh kawan rapat selebriti tersebut. Sebentar tadi, wartawan OHBULAN! berjaya menghubungi Zahid untuk mendapatkan kepastian dari mulutnya sendiri.

“Eh, takdelah. Saya belum lagi nak kahwin. Apa lagi hujung tahun ni, manelah sempat saya nak buat persiapan apa semua,” ujar Zahid menafikan gosip tersebut.

Zahid juga turut mengiyakan bahawa kekasihnya, Tengku Nurul Mardiana, 25, yang berasal dari Kuantan mempunyai kaitan dengan kerabat diraja Pahang.

“Saya kenal dia sebagai Tengku Nurul Mardiana tapi saya tak pernah ambil tahu mengenai kaitannya dengan kerabat diraja. Saya cuma mengenali dia saja.”

Ditanya bagaimana Zahid mengenali wanita yang berjaya mencuri hatinya ini, sambil ketawa Zahid menjawab, “Pertama kali kami bertemu di sebuah restoran ketika sedang makan, tapi dia berada di meja yang berlainan dari saya.”

“Dia minta nombor dari kawan saya dan kami bermesej walaupun berada di restoran yang sama,” ujar Zahid lagi.

Cinta mereka mula berputik setelah 2-3 bulan berkenalan, ketika itu masing-masing sudah selesa untuk berkongsi masalah masing-masing.

“Kami mula selesa bersama selepas 2-3 bulan bermesej dan telefon, sehingga kini sudah hampir setahun kami berkenalan,” ujar Zahid mengakhiri perbualan.