Menurut Sazzy, bukannya sukar untuk membezakan antara Iman Lilly dan Tiara Rose kerana meskipun mereka kembar tetapi masing-masing memiliki raut wajah yang sedikit berbeza.
"Kalau Iman Lilly matanya besar dan bulat seperti saya, tapi Tiara Rose pula kecil sikit matanya. Raut wajah Tiara Rose pula sering 'confuse' macam bapanya. Tengoklah ni," kata Sazzy diiringi ketawa kecil.
Tidak keseorangan, Sazzy telah ditemani pembantu rumahnya bagi memudahkan mereka membeli-belah bersama-sama.
"Inilah aktiviti kami kalau tak ada kerja. Saya senang bawa mereka berjalan-jalan. Mana tahu ada pakaian yang sesuai untuk mereka pakai. Teringin juga nak menggayakan dua puteri kesayangan saya ini seperti saya," katanya dengan senyuman menguntum
No comments:
Post a Comment