BANDARAYA MELAKA - “Jangan mimpi hendak tawan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.”
Begitulah kenyataan tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Menurutnya, hasrat mereka menawan ketiga-tiga negeri ini tidak akan berhasil, malah Selangor dan Kedah yang kini diperintah PR akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional (BN).
“PR jangan mimpi. Selangor dan Kedah akan jatuh semula ke tangan BN. Bukan itu sahaja. BN turut berpeluang (menang) di Pulau Pinang dan Kelantan,” katanya di sini malam semalam.