Tuesday, November 29, 2011

Letupan di Maju Junction berpunca dari penyelenggaraan (3 GAMBAR)



IPOH 29 Nov. — Kejadian letupan gas di sebuah restoran di pusat beli-belah Maju Junction, Kuala Lumpur dua hari lalu dipercayai ada kaitan dengan sistem penyelenggaraan yang tidak betul, kata Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Katanya, pemilik restoran atau bangunan yang mengunakan sistem pemasangan saluran gas perlu meningkatkan penyelenggaraan standard yang lebih tinggi bagi mengelak kes kebocoran gas yang membawa kejadian letupan.

"Langkah itu perlu bagi keselamatan kerana ia berbeza dengan mengunakan tong gas biasa, kerana saluran boleh bocor bila-bila masa kalau tidak diselenggara secara berterusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar Reka Bentuk Kejuruteraan Keselamatan Kebakaran di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung kejadian letupan gas di sebuah restoran Noodle Station di pusat beli-belah Maju Juntion di Kuala Lumpur dua hari lepas.

Mohd. Nor berkata, siasatan tentang punca kejadian dijalankan oleh Gas Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Tenaga selain bomba turut membantu. — Bernama