Friday, November 18, 2011

Konsert Zee Avi, “Homecoming Tour 2011″ Bakal Hangatkan November Anda!


OHBULAN! pasti semua orang sudah kenal siapa gadis kecil molek ini. Zee Avi atau nama sebenar Izyan Alirahman, 25, akan bersama kita semua di Malaysia pada bulan November ini untuk membuat persembahan di Kuala Lumpur, Penang dan Kuching.

Anak jati Sarawak yang berada di bawah label Jack Johnson’s Brushfire Records & Ian Montone’s kembali ke Malaysia setelah 2 tahun berada di bumi orang. Zee Avi bakal membuat persembahan pada 17 November ini di KL Live bermula jam 8 malam dengan harga tiket RM98 (General) dan RM158 (Premier).

Yang menariknya, kepulangannya ini turut besertakan dengan album terbaru bertajuk “Ghostbird” yang dilancarkan pada 23 Ogos lepas. Sebagai pembuka lagu di albumnya, Zee Avi memilih lagu bertajuk “Swell Window” kerana lirik lagu ini penuh bermakna kepada dirinya.

“Lagu ini seperti masa yang dihentikan. Dan bagi saya, sebuah hala tuju dan suara yang baru akan datang dan tinggal,” ujar Zee Avi penuh bermakna.

Untuk pengetahuan, selama Zee Avi berada di Amerika Syarikat, dia telah banyak membuat penampilan di beberapa buah muzik festival yang berprestij seperti “SXSW”, “Outside Lands”, dan “Bonnaroo”. Zee Avi juga turut membuat penampilan di festival muzik “Lilith Fair”. “Lilith Fair” adalah konsert jelajah muzik yang hanya menyokong penyanyi solo dan band yang terdiri dari wanita sahaja.

Jadi, apa tunggu lagi? Zee Avi bukannya selalu pulang ke Malaysia. Kepada peminat-peminat Zee Avi yang berada di Penang dan Kuching, anda boleh dapatkan tiket sekarang pada harga RM78 (Pre-Sale), RM98 (Pintu), dan RM158 (Premier). Konsert di Penang akan berlangsung di Straits Quay Convention Centre pada 18 November dan Former Dewan Undangan Negeri pada 26 November untuk di Kuching, Sarawak.