CIRI-CIRI BANGUNAN
Istana Negara, Jalan Duta ini dibina merangkumi tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.
LALUAN ISTANA
Manakala Pintu 3 yang terletak di Jalan Seri Hartamas, Mont Kiara adalah untuk kegunaan Rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta Pentadbiran Istana Negara.
Yang menariknya kan, pembinaan istana negara yang baru ini menggunakan 100% kepakaran anak tempatan. Senibinanya bercirikan senibina tradisional Melayu yang menggunakan elemen alam semulajadi, di mana kita boleh nampak pada ukiran-ukiran kayu.
Foto di atas itu merupakan lakaran artis mengenai kompleks istana negara yang baru. Kos pembinaan kompleks ini bernilai RM800 Juta! mahal bukan tapi sebenarnya ia melibatkan:
"Pembinaan kompleks itu, yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta)" (mStar Online)
Kenapa nak kena buat istana negara yang baru? Aku baru tahu yang sebenarnya Istana Negara yang sedia ada sekarang ni adalah milik hartawan Cina yang bernama Chan Wing. Bangunan ini pernah menjadi kediaman rasmi pemerintah tentera Jepun (1942-45) dan mes pegawai tentera British kemudiannya.
Istana yang sedia ada ni dah tak mampu nak menampung lagi pembesarannya dan dah banyak kali dibuat pengubahsuaian dan penambahan. "Sudah sampai masanya sebuah istana baru disediakan untuk memenuhi keperluan masa depan. Dan kita tidak perlu lagi menumpang warisan orang lain untuk kediaman rasmi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu." (Utusan Malaysia Online)
PANDANGAN LUAR DAN PANDANGAN DALAMAN ISTANA NEGARA YANG BARU.
No comments:
Post a Comment