Entah mengapa tiba-tiba bakal pengantin baru Yasmin Hani teringin sangat mahu bersanding di bawang cengkerang sempena majlis pernikahannya yang akan diadakan dalam masa seminggu lagi.
Bila mendengar cerita ini, nak tergelak pun ada, nak terbahak pun ada. Tak dapat dibayangkan bagaimana agaknya keadaan Yasmin Hani atau lebih senang dengan panggilan Hani duduk di bawah cengkerang.
Adakah ia seiras ikan duyung seperti mana jelitanya Maya Karin dalam filem Duyung? Ataukah mungkin Hani hanya duduk terperuk bak mutiara sedang bersinar hanya menanti sang arjuna perkasa datang mengambilnya?
Tapi daripada apa yang diberitahu, Hani nampaknya lebih suka menjadi sebutir mutiara putih bak salju yang hanya tersenyum gembira meraikan hari paling bahagia buatnya itu nanti.
Amboi Hani, tak dapat dibayangkan betapa indahnya Hani pada hari pernikahan itu nanti. Untung betul Shahrin yang akan menjadi suami buat pelakon dan pengacara ini.
Walaupun sibuk dengan segala persiapan perkahwinannya itu, tapi Hani masih sibuk dengan penggambaran di sana sini dan tidak ketinggalan akan turut menghadiri sebuah acara fesyen hujung minggu ini bersama-sama bakal suaminya.
Khabarnya juga, hanya selepas majlis perkawinannya itu saja dia akan kembali aktif berlakon.
Lebih hangat lagi apabila pernikahannya Hani itu akan hanya dihadiri keluarga terdekat. Malah daripada permintaan kedua-dua keluarga mempelai, mereka sebolehnya tidak mahu ada terlalu ramai pihak media yang akan hadir pada majlis pernikahan berkenaan.
Maklum sajalah, mereka mahu acara itu nanti akan menjadi acara keluarga, begitu juga pada majlis bersanding pada sebelah malamnya di mana hanya beberapa media terpiluih saja yang akan menghadiri resepsi mereka berdua.
Sememangnya bukalahsatu masalah besar dengan keputusan Hani itu. Sebab sebagai manusia biasa Hani pasti mahukan sebuah majlis yang serba ringkas, tidak terlalu kalut dan dari mata seorang selebriti pastinya keputusan Hani menghadkan kehadiran media itu akan tampak lebih eksklusif.
Walau apapun semua peminat ingin mendoakan kebahagiaan Hani dan Shahrin. Semoga perkahwinan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.
No comments:
Post a Comment