UMPAMA satu tabu apabila menyebut perkataan penjara apalagi jika ia melibatkan seseorang yang punya gelaran atau nama.
Semua mata akan tertumpu dan tentu sukar sekali mengikis pandangan masyarakat yang biasanya punya pendirian negatif terhadap golongan yang dianggap pesalah ini.
Situasi inilah yang dihadapi oleh Adzrin Adzhar, 26.
Baru sahaja hendak mencari tapak dalam bidang seni sebagai penyanyi, tiba-tiba dia diuji dengan dugaan berat sehingga menyebabkan dia disumbat ke penjara.
Semuanya selepas pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati dia bersama bapanya, Datuk Azhar Sulaiman, 56, serta kakaknya, Noradzma, 35, bersalah atas tuduhan menerima deposit berjumlah lebih RM100 juta tanpa lesen.
Ia termasuk 360 tuduhan aktiviti penggubahan wang haram melibatkan RM59 juta.
Dan itu menjawab kepada soalan mengapa ketiga-tiga mereka disumbat masuk ke penjara baru-baru ini.
Bagaimanapun, nasib pelantun lagu Pujaan Malaya ini sedikit baik apabila dia dibebaskan pada 8 Oktober lalu dengan ikat jamin sebanyak RM500,000.
Difahamkan, ikat jamin itu telah diusahakan sendiri oleh suami dengan bantuan kewangan sanak-saudara serta teman-teman rapat Adzrin.
Ini bermakna, Adzrin sempat memegang gelaran banduan penjara cuma seminggu dan bukannya setahun sebagaimana yang dikenakan ke atasnya oleh pihak mahkamah.
Pun begitu, pengalaman dalam tempoh itu cukup besar dan bererti bagi diri seorang insan kerdil seperti Adzrin.
Bersama Pancaindera, Adzrin sudi menceritakan detik pengalamannya sebagai seorang banduan walau sekejap cuma.
“Penjara bukan neraka,” itu yang terpacul daripada mulut wanita ini saat ditanya mengenai sebarang kesulitan yang diharunginya di dalam `rumah’ yang sesiapa pun tidak bermimpi untuk menghuni.
Cerita Adzrin, sel Penjara Kajang menjadi saksi bagaimana dia menerima layanan yang sewajarnya tanpa diskriminasi biarpun dia merupakan seorang artis.
“Bila sebut penjara, kita mesti terfikir cerita negatif tentang pesalah yang dilayan teruk dan sebagainya.
“Walhal, tidak begitu. Cikgu-cikgu (warden) baik, cukup makan, malah banyak aktiviti yang disediakan untuk semua banduan di dalam penjara.
“Dua hari pertama, saya mengaku memang sedih. Sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga. Masuk hari ketiga dan seterusnya, saya langsung tak terasa tertekan.
“Malah saya rasa tenang sebab tak perlu nak fikirkan dunia luar.
“Masa ini jugalah baru saya nampak, siapa lawan, siapa kawan dan siapa yang berdiri menyokong saya selama ini,” katanya.
Cerita dalam sel
Menurut wanita ini, meski tidak sempat menjalani aktiviti lain kecuali berkawad, baginya pengalaman berada di dalam penjara bukan sekadar itu.
Di matanya, hubungan yang terjalin antara satu sama lain sebagai banduan di dalam satu sel merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya.
Cukup akrab biarpun ada yang berlainan bangsa dan agama.
Menurut Adzrin, dia tinggal di dalam sel bersama lima banduan wanita lain.
“Dipisahkan dengan tembok dunia luar, kami yang berada di dalam bagai berada dalam dunia sendiri.
“Kami berborak dan berkongsi cerita malah saling tolong-menolong. Kalau tiba waktu solat, yang bukan Islam menghormati Muslimah dan memberi ruang untuk kami menunaikan solat dalam sel.
“Bagi saya, biarlah jahat itu antara dirinya dan Tuhan, kita sebagai manusia tak layak nak hina seseorang itu hanya kerana dia seorang banduan. Cukuplah kita saling menghormati.
“Kita juga perlu ubah mentaliti masyarakat yang penjara bukanlah tempat buangan sampah masyarakat.
“Bagi saya, ia adalah tempat untuk pemulihan disiplin dan akhlak. Satu tempat untuk pesalah merubah jadi orang yang lebih baik,” ujarnya memberi pandangan.
Kongsi Adzrin lagi, saat paling menyentuh perasaannya adalah ketika suami, ibu serta anak saudaranya datang melawatnya di penjara.
Ketika itu, katanya, cermin yang memisahkan dia dan keluarga umpama satu benteng yang amat besar yang menguji ketahanan mental dan perasaannya.
“Saya tak biasa berjauhan dengan keluarga. Bila tengok mereka datang, saya tersentuh hati sebab kami bercakap melalui telefon dan dipisahkan oleh cermin. Hanya mampu melekapkan tangan pada cermin itu.
“Paling tak dapat lupa bila anak saudara saya tulis di tapak tangannya tertera ayat Maryam sayang Mama dan Mamayin dan menekapkannya di cermin,” katanya.
Bukan niat berbangga
Memilih untuk mengenakan persalinan ala banduan semasa sesi penggambaran dijalankan, tentunya menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan pembaca.
Perlu ditekankan, ia adalah pilihan penyanyi ini sendiri.
Meski tahu akan timbul pandangan serong terhadap dirinya apatah lagi akan dicop berbangga dengan status banduan, Adzrin bagaimanapun punya jawapan sendiri.
Ringkas memberi alasan, kata Adzrin ia tidak lebih daripada memberi pantulan psikologi berbalik kepada masyarakat.
“Saya harap orang tak salah anggap. Saya bukan nak menghina, memerli atau berbangga diri yang saya ni banduan.
“Tapi ini cara saya ajar minda saya dan harap ia jadi inspirasi untuk orang lain bahawa apa sahaja keburukan yang menimpa, kita perlu cari kekuatan, kebaikan serta pengajaran di sebaliknya untuk jadi manusia yang lebih baik,” ujarnya.
Dalam nada optimis, Adzrin juga menaruh keyakinan bahawa masyarakat di negara ini masih ada yang berfikiran terbuka sebagaimana masyarakat Barat yang tidak mendiskriminasi latar belakang seseorang itu.
“Jangan menilai dari luaran. Memang saya banduan, tapi kalau saya ada kesalahan sekali pun, itu antara saya dan Tuhan.
“Saya tak mahu komen pasal kes sebab bimbang nanti dituduh menghina mahkamah atau sebagainya. Saya berdiri sebagai Adzrin sekarang dengan pendirian yang positif.
“Sepanjang berada di dalam penjara, saya banyak muhasabah diri. Saya tak mahu tuding jari pada sesiapa.
“Saya terima ini satu dugaan dan saya tahu, Allah S.W.T memberi ujian ini sebagai satu balasan untuk segala kesilapan saya denganNya.

No comments:
Post a Comment