Saturday, October 22, 2011

U-Kiss Buat Rakaman Video Muzik Di KLCC?


KL, 7 OKT 2011: Peminat setia kumpulan dari Korea Selatan, 2PM pastinya tidak sabar- sabar untuk menanti detik waktu 25 November depan. Yelah, seperti apa yang telah disahkan oleh pihak pengurusan 2PM, kumpulan ini akan menggegarkan Malaysia dengan mengadakan konsert sulung mereka.

Kedatangan mereka ini pun memang dinanti-nantikan memandangkan jejaka ini semua belum pernah menjejakkan kaki di Malaysia. Ha! Mesti Erul AF9 pun nak datang tengok konsert 2PM disebabkan Erul selalu sangat mendendangkan lagu mereka di AF yang berjudul I'll be back.


Murai Batu difahamkan, konsert ini adalah untuk mempromosikan album terbaru mereka yang terkandung lagu baru popular dan sedap didengari iaitu Hands Up.


Dah terlanjur Murai Batu cakap tentang lagu Hands Up, Murai Batu tertarik apabila dapat menonton video muzik lagu ini yang dirakamkan di Singapura.

Namun, terdetik pula dihati Murai Batu bila pula si artis K-Pop bukan saja 2PM ini akan merakamkan video muzik di Malaysia. Bukannya apa, sah-sah peminat mereka di sini memanglah terlalu ramai.

Namun, secara tiba-tiba ada suara manis telah memberikan jawapan dari soalan yang ditanya Murai Batu ini.
Menurut suara manis yang kacak orangnya seperti pelakon Korea Selatan, Lee Min Hoo, kumpulan U-Kiss yang sudah 3 kali datang ke Malaysia berminat untuk melakukan penggambaran video muzik di Malaysia untuk lagu terbaru mereka. Syoknya!

Malah, sumber ini pun telah mengesahkan pihak pengurusan U-Kiss teramatlah berminat untuk menjalankan sesi rakaman video di menara berkembar KLCC. Wah! Betulke?

Bagaimanapun, tarikh dan waktunya itu masih belum diketahui memandangkan jadual kumpulan U-Kiss ini amatlah padat. Yelah, U-Kiss pun dikhabarkan kumpulan yang paling popular di Korea Selatan, buat masa sekarang.

Murai Batu pun kurang pasti, lagu apa yang akan merakam keindahan KLCC. Tetapi Murai Batu amat yakin peminat U-Kiss mesti sudah ada pilihan lagu apa yang mereka patut rakamkan video muzik di Malaysia.

Jika benarlah perkara ini terjadi, alangkah baiknya jika mereka kesemua mengenakan baju Melayu sewaktu merakamkan video muzik itu.

Paling tidakpun, mereka pun boleh mencuba untuk bergaya dengan baju-baju tradisional seperti samfo dan kurta serta baju lain yang mewakili kaum majmuk yang ada di negara kita. Mesti comelkan?