Monday, October 10, 2011

Tetamu & Ustaz di radio Ikim.fm syok sendiri promosi produk



Seorang peminat radio Ikim memberitahu kepada kakileaks baru-baru ini tentang radio kegemarannya radio Ikim kini telah berubah penjelmaan daripada radio yang menyajikan sajian agama berbentuk dakwah dan hati kepada radio promosi produk.


Ramai ustaz mahu pun ustazah yang menjadi tetamu utnuk sesuatu segmen pasti akan mengambil kesempatan untuk mempromosi pelbagai produk keluarannya yang dikatakan bagus. 




Bukankah ini jelas sekali menimbulkan "conflic of interest" terhadap siaran untuk umum itu. Tidak adakah sebarang etika yang harus digariskan untuk para stesyen radio agar tidak sewenang-wenangnya menyebut atau mempromosi sesuatu jenama atau produk.


Iklan memang diakui perlu ada bagi menampung semula kos penyiaran namun begitu ia tidak sepatutnya pada segmen-segmen keagamaan lain turut disertakan oleh iklan oleh ustaz mahun ustazah yang menjadi tetamu sehmen tersebut.


Seperti baru-baru ini beliau memberitahu mengenai seorang ustazah terkenal yang begelar Dato' iaitu Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood yang menceritakan mengenai programnya Cerdiq Minda yang beliau kendalikan. Beliau jelas mengambil kesempatan daripada segmen itu untuk mempromosi produk terbaru kopi keluarannya yang bernama Kopi Senyum Semanis Kurma. Sepatutnya beliau harus lebh menekankan mengenai peri pentingnya program Cerdiq Minda yang akan dijalankan itu, Keperluan dan tuntutan yang harus ada pada anak-anak untuk menjadi insan yang cerdik minda. Tetapi apa yang terjadi adalah setiap minit mesti ada diselit juga dengan pelbagai produk kopinya yang bertujuan untuk mengaut keuntungan.



Begitu juga baru-baru ini juga seorang ustaz mempromosi produk alat bantuan mengaji yang diketuk-ketuk semasa anak-anak mengaji. Alat bantuan itu memang tidak dinafikan bagus namun begitu bukankah penekanan terhadap tuntutan mengaji dikalangan anak-anank itu lebih penting ditekankan daripada setiap saat dan minit kelam kabut mempromosikan produk seperti  menyebut segeralah  menjadi ahli untuk mendapatkan diskaun kepada produk tersebut. 


Memang tidak dinafikan wang juga diperlukan oleh tetamu-tetamu dan ustaz-ustaz tersebut namun untuk itu harus dibuat satu segmen khas untuk tetamu-tetamu kaut keuntungan sebanyak mana pun.


Jadikanlah radio Ikim radio sebuah stesyen radio altenatif bagi pendengar untuk mendapat sedikit ilmu. Biarlah sekurang-kurangnya 50% pengisian siaran menjurus kepada segmen berunsur dakwah islam. Kerana dakwah kepada islam itu sesuatu yang amat syumul tanpa ada sebarang niat untuk wang. Tetapi radio Ikim seperti telah 100% radio untuk jualan produk-produk.


Bagi pandangan kakileaks bukan tetamu-tetamu tersebut yang patut dipersalahkan sepenuhnya tetapi pihak pengurusan radio Ikim itu sendiri juga perlu menyatakan pendirian samada kini objektif radio Ikim telah berubah daripada radio yang menjadi medium untuk berdakwah atau radio untuk menjual barang. Jika radio itu telah bertukar konsep penyiaran kepada radio menjual barang dan produk-produk maka eloklah ditukar namanya kepada radio pasaraya Ikim.


Kepada DJ juga tuan-tuan punyai satu peranan yang besar dala sesuatu segmen. Tolong fahami tujuan dan objektif sesuatu segmen agar pengisiannya tidak terpesong jauh. Para DJ-DJ tuan-tuan juga perlu ampuh agar tidah mudah hanyut dengan pengaruh tetamu-tetamu yang syok sendiri promosi produk jualannya.


Begitu juga kepada tetamu-tetamu, ustaz dan ustazah juga haruslah bertanggungjawab dengan apa yang tuan-tuan sampaikan. Jika segmen tuan-tuan dipanggil untuk segmen bukan untuk promosi produk jangalah sekali-kali tuan-tuan mengambil kesempatan untuk mempromosi produk tuan-tuan. Kelak tuan-tuan juga akan dibenci oleh orang yang mendengar.

1 comment:

  1. tak salah pun diaorg nk promote coz diaorg bayar utk segmen tu.. lagipun apa salahnyer nak promosi produk keluaran Islam.. Terimalah perubahan untuk mencapai kemajuan..

    ReplyDelete