Saturday, October 15, 2011

Stem pada kad perkahwinan Yasmin Hani 21 Oktober Ini!




Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya tentang tarikh perkahwinan Yasmin dan Shahrin sebelum ini. Namun beberapa keping gambar kad undangan yang di-tweet oleh @Klubbkiddkl menjawab persoalan kami.


Kad undangan perkahwinan yang mempunyai setem rekabentuk sendiri ini ditempah khas untuk majlis perkahwinan Yasmin Hani yang juga salah seorang pelakon Cicak-Man.

Majlis perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose bakal berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang pada 21 Oktober ini. Majlis resepsi Yasmin akan berkonsepkan majlis dalam taman dan Yasmin sendiri akan mengenakan baju pengantin rekaan Hatta Dolmat yang juga pernah mereka baju pengantin untuk Memey  Suhaiza.
Untuk pengetahuan anda, Shahrin adalah bekas ahli kumpulan Blackrose dan pernah berkahwin dengan Ida Nerina sebelum bercerai pada tahun 2009.
Kad kahwin Yasmin & Shahrin selepas ini.


No comments:

Post a Comment