Saturday, October 15, 2011

Gambit maki Sharifah Sakinah betina mulut kecoh


Gua Malaysia hari ini melaporkan kenyataan Sharifah Sakinah berkaitan dengan isu pertelingkahan di antara Julia Ziegler dan kakaknya, Sharifah Shahira yang juga berhubung kait dengan Gambit Saifullah, sebentar tadi.
Sharifah Sakinah mendakwa, Gambit Saifullah adalah punca persengketaan antara Julia dan Sharifah Shahira yang menjadi perbualan ramai orang sekarang.

“Dia yang buka cerita pasal ini. Dia terus mendesak saya padahal cerita itu dah lama dah. Serius saya tak marahkan Julia. Jika orang buat macam itu, saya pun marah juga. Saya pelik kenapa selepas mendesak saya, dia kena beritahu Julia. Kau dah paksa aku cakap dan tiba-tiba, kau kena cakap pada orang lain. Selepas itu, Julia hubungi saya tanya apa yang saya cakap. Jika saya nak fitnah, saya dah beritahu semua orang. Tapi saya hanya cakap dengan Gambit kerana dia yang mendesak saya untuk bercerita.
“Saya pun tak tahu kenapa Julia nak marah sangat. Jika dia cemburu kepada saya, Gambit sendiri cakap dia tak bercinta dengan Julia. Saya tak faham, pasal seorang lelaki, habis semua orang dia nak marah. Apa-apapun, saya mengakui kesilapan saya kerana bercerita tentang hal orang lain. Cuma lepas ini, saya dah tak boleh nak percaya siapa-siapa lagi.
“Bagi saya semua orang tahu benda yang sebenarnya. Salah saya sendiri dan saya belajar dari kesilapan. Lepas ini saya kena pandai pilih kawan dan apa yang saya boleh katakan, kepercayaan saya pada Gambit dah tak ada.” – dipetik dari laman berkenaan.
Gambit Saifullah yang dihubungi OHBULAN! sebentar tadi memberikan respon terhadap isu yang semakin berlarutan.
“Saya malas nak layan kontroversi ini. Memang dalam dunia ada perempuan yang mulut kecoh. Mungkin dia nak kejar populariti, suka hati dia lah nak cakap apa,” jelas pelakon utama Karipap-Karipap Cinta ini.
Dia turut menjelaskan tentang hubungannya dengan Sharifah Sakinah.
“Saya dengan dia tak ada masalah, tapi mungkin sekarang dia hendak menuding jari pada orang lain pula. Kalau diikutkan, dia lebih banyak bercerita tentang orang lain.
“Saya pun bukannya jenis yang kejar populariti, bukan menang duit pun kalau saya layan kontroversi ini. Bagi saya, samada kita salah atau tidak, tak salah kalau meminta maaf. Apa motif nak tuding jari pada orang lain?” ujar Gambit mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment