Wednesday, October 12, 2011

SPAD: Ubah laluan MRT bukan kerana politik



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi menegaskan bahawa personaliti atau pertimbangan politik tidak pernah menjadi faktor dalam menentukan perubahan laluan MY Rapid Transit (MRT) melalui satu lot tanah di Jalan Damansara.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu telah mempertimbangkan semua cadangan untuk mengubah laluan berkenaan berdasarkan fakta dan merit setiap kes dengan memastikan kepentingan awam terjamin.



"Kami amat prihatin terhadap maklumat yang salah yang disebarkan mengenai laluan semula di lokasi itu. Kami harap ini tidak dilakukan dengan sengaja untuk mengelirukan rakyat yang telah menyuarakan harapan mereka untuk melihat projek MRT siap," katanya dalam kenyataan media.

SPAD dalam kenyataan pada 6 Okt menjelaskan tindakan meluruskan landasan MRT di Jalan Damansara dekat Jalan Duta bukan untuk menyelamatkan banglo milik seorang kenamaan seperti didakwa pihak pembangkang.

"Fakta yang betul tidak berubah iaitu banglo berkenaan tidak pernah terjejas dan bukan punca di sebalik sebarang perubahan laluan seperti yang didakwa," katanya.

Syed Hamid juga berkata tiada perubahan kepada kerja pembinaan terowong memandangkan tender baru dibuka dan pemberian tender akan dibuat pada suku pertama 2012.

mrt tunnel alignment 051011 vip housePada 5 Oktober lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap dwi-standard SPAD  dalam pelarasan semula terowong MRT Lembah Kelang berhampiran jajaran Damansara dengan dakwaan tindakan itu bagi mengelakkan rumah seorang kenamaan menjadi laluan projek berkenaan.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata rumah mewah kepunyaan orang kenamaan dari Umno itu, mengikut pelan projek asal, berada di laluan projek MRT itu tetapi secara misteri telah "diselamatkan".

"Plan asal jelas menunjukkan sebuah terowong akan melalui di bawah banglo VIP... Bagaimanapun atas alasan yang hanya diketahui oleh pihak berkuasa, kerja-kerja di tapak asal telah dihentikan dan portal terowong dilencongkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment