Wednesday, October 26, 2011

Raih 7Juta, Produksi Filem Nasi Lemak 2.0 Rai Kejayaan (3 GAMBAR)


Filem tempatan , hasil julung pengarah kontroversi Namewee menjadi filem kejutan 2011 orang ramai apabila ia berjaya meraih kutipan lebih daripada RM7 juta di pawagam. “Selama ini, saya memang menaruh harapan yang tinggi pada filem ini, namun saya tidak menyangka sambutannya akan menjadi begitu baik di kalangan rakyat Malaysia. Kami mengadakan parti keraian ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada barisan pelakon dan krew yang mempercayai kami sejak permulaan”, kata Namewee.



Dengan gandingan kerjasama UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media, parti keraian kejayaan filem Nasi Lemak 2.0 telah diadakan di Kuala Lumpur dan berjaya menghimpunkan barisan pelakon (termasuk Namewee, Adibah Noor, Reshmonu, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Felixia Yeap dan yang lain) serta krew filem. “Pengalaman pembikinan serta mempromosi Nasi Lemak 2.0 amat menarik dan bermakna, terutamanya ketika menonton filem ini di Melbourne pada Hari Merdeka  dengan pawagam yang penuh. Saya akan sentiasa mengingati dan menghargai pengalaman yang bermakna ini” kata pelakon utama filem, Adibah Noor.


Disebabkan oleh  karakter pengarah filem Namewee yang berterus terang, berhadapan pelbagai aduan daripada para penunjuk perasaan di Ipoh sejurus filem ini mula ditayangkan pada 8hb September 2011. Para penunjuk perasaan meminta pihak Kementerian untuk memboikot filem ini atas sebab kandungannya yang bersifat negatif. Filem ini turut menerima krtikan yang hebat daripada pihak media.


Namun dengan sokongan dan maklum balas yang positif daripada para penonton and juga 70 pemilik pawagam, filem ini dapat meneruskan tayangannya dan berada di tempat ketiga teratas selama tiga minggu berturut-turut. “Oleh kerana aspek dan keputusan kormesial,  kebanyakan pawagam telah menghentikan tayangan filem ini selepas ianya dilancarkan di platform Astro First.  Akan tetapi, masih terdapat banyak pawagam yang menayangkan filem kami terutamanya pawagam-pawagam di kampung halaman saya Muar, dan juga di beberapa buah bandar di Sabah dan Sarawak”, kata Penerbit Eksekutif filem, Fred Chong.



Ditaja oleh Canon Malaysia, HTC Malaysia dan Tiger Beer dan filem ini menceritakan bagaimana seorang rakyat Malaysia yang hilang arah hidup berjaya mencari identitinya melalui pembelajaran memasak hidangan tempatan. Kami berasa sungguh gembira kerana ramai yang dapat memahami mesej filem ini yang ringkas tetapi bermakna” kata Fred Chong. 



“Saya dimaklumkan bahawa filem ini kini menduduki tempat pertama sebagai filem tempatan berbahasa Cina dengan rekod kutipan pawagam tertinggi, dan berada pada tempat ke-8 secara keseluruhan dalam kutipan pawagam filem tempatan tertinggi sepanjang zaman. Saya berasa sungguh gembira kerana filem ini bukan sahaja ditonton oleh kaum Cina, bahkan kaum Melayu, India, Iban, Kadazan dan Serani dari seluruh pelusuk negara turut menikmati filem yang dibikin untuk rakyat Malaysia ini” kata Namewee.

“Kami telah mempromosikannya di seluruh negara dan bertemu dengan ramai penyokong berbilang kaum yang menyatakan bahawa mereka amat menyukai filem Nasi Lemak 2.0. Tidak  dinafikan ia merupakan pengalaman yang hebat dan bermakna untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini” kata pelakon filem, Dennis Lau.





Baru-baru ini, filem telah dipilih sebagai Tayangan Rasmi untuk festival filem termashyur di dunia iaitu Taipei Golden Horse Film Festival 2011 dan ini merupakan sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah filem Malaysia. “Saya berasa amat berbesar hati dan terkejut kerana filem saya amat bercirikan aspek tempatan dan tidak menyangka bahawa orang luar negara dapat memahami gaya dan jalan cerita saya. Oleh itu, saya berasa amat gembira kerana dapat membanggakan Malaysia pada bulan November ini”, kata Namewee. Di samping itu, filem ini telah memastikan pengedarannya di Singapura dan Taiwan dan akan dilancarkan pada bulan Disember ini.

Apabila ditanya tentang projek masa hadapan, Fred Chong menyatakan bahawa Namewee kini telah menyiapkan 5 hingga 6 skrip dan syarikatnya akan melihat projek Namewee yang seterusnya tidak lama lagi. Mereka akan meneruskan penampilan barisan pelakon berbilang kaum untuk mencerminkan cerita 1Malaysia melalui akal dan jenaka pengarah berbakat Namewee. “Saya masih baru dan muda, oleh itu saya berharap dapat belajar daripada lebih ramai dan pada masa yang sama memperbaiki gaya bercerita saya yang unik. Oleh itu, ya, saya tidak sabar untuk memulakan filem saya yang seterusnya” kata Namewee.



Filem boleh diperolehi dalam bentu DVD di seluruh negara dan masih disiarkan di saluran Astro First untuk tayangan terhad. Filem ini juga bakal ditayangkan di TonTon tidak lama lagi. Barangan cenderamata rasmi filem ini boleh dipesan secara online di www.nasilemak2.com.

No comments:

Post a Comment