Wednesday, October 26, 2011

30 Lagu, 2 Trio ke Separuh Akhir MuzikMuzik 26 (LIST & JADUAL)



Pentas MUZIK MUZIK 26 Separuh Akhir bakal menjadi tempat persaingan bagi 30 buah lagu daripada pelbagai genre dalam tiga pusingan separuh akhir yang akan bermula pada 18 November, setiap Jumaat jam 9.00malam.


Mencecah usia 26 tahun penganjurannya, perjalanan muzikal hebat program hiburan terulung TV3, Muzik Muzik telah sekian lama meledakkan gelombang revolusi di dalam industri muzik tanah air! Masih kekal dengan konsep ‘persembahan konsert’, program ini menampilkan artis dan lagu yang bertanding dalam episod mingguan.




Antara penyanyi yang bakal berentap termasuk Aizat, Alyah, Meet Uncle Hussein, trio Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, trio Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah, kumpulan Hujan, Faizal Tahir, Atilia & Monoloque dan Yuna.


Yuna dan Noh Hujan masing-masing mempertaruhkan dua lagu iaitu Penakut dan Gadis Semasa, manakala Noh dengan lagu Kurnia nyanyiannya bersama isteri, Mizz Nina dan Muda bersama kumpulan Hujan.


Menariknya persaingan tahun ini apabila dua trio iaitu Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet serta Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah bakal berentap membawakan lagu masing-masing iaitu Kalau Berpacaran dan Beribu Sesalan.


Persaingan kali ini turut menyaksikan artis muka baru antaranya Shiha, Najwa Latif, Iqa dan Salma.


Lagu oleh Penyanyi, (Komposer/Penulis Lirik)



1.      Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2.      Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3.      Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4.      Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5.      Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6.      Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7.      Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8.      Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9.      Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10.    Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11.    Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12.    Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior  Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)   
13.    Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14.    Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15.    Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)16.    Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17.    Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18.    Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19.    Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20.    Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21.    Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22.    Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23.    Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24.    Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25.    Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
26.    Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27.    Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28.    Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29.    Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30.    Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)



MUZIK MUZIK 26 Separuh Akhir bakal berlangsung pada 18 November, 25 November dan 2 Disember di Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan disiarkan secara langsung di saluran TV3 mulai pukul 9 malam.


Giliran Persembahan 18 November



1. Babak Pertama (Drama)
2. Di Penghujungnya (Iqa)
3. Mata Hati (Nubhan)
4. Janji (Akim)
5. Kisah Hati (Alyah)
6. Kisah Dongeng (Stacy)
7. Gadis Semasa (Yuna)
8. Maaf Dari Hati (Sofazr)
9. Muda (Hujan)
10. Awan Nano (Hafiz)
11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah



Giliran Persembahan 25 November



1. Kurnia (Mizz Nina & Noh Hujan)
2. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)
3. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
4. Luar Biasa (Shahir)
5. Perpisahan Ini (1st Edition feat. Nubhan)
6. Cinta Teragung (Hazama)
7. Pokok (Meet Uncle Hussein feat. Nubhan)
8. Sungai Lui (Aizat)
9. Bagaikan Bidadari (Tomok)
10. Ilusi (Adira)
11. Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)



Giliran Persembahan 2 Disember


1. Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)
2. Penakut (Yuna)
3. Sedetik Lebih (Anuar Zain)
4. Bila Bertemumu (Shiha)
5. Cinta Matiku (Sixth Sense)
6. Karma (Faizal Tahir)
7. Menyesal (Sitxh Sense)
8. Aku Permata (Salma)

No comments:

Post a Comment