Saturday, October 1, 2011

Penyanyi Ezlynn Bakal Nikah Sebulan Lebih Lagi?



KL, 30 SEPT 2011: Selepas Memey Suhaiza dan Norman Hakim berkahwin, Murai Batu dapat tahu seorang lagi artis bakal mengikuti jejak mereka iaitu penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn. Khabarnya dia akan berkahwin penghujung bulan November depan.

Menurut sumber Murai Batu, lelaki yang berjaya menakluk hati Ezlynn merupakan seorang usahawan bujang yang berasal dari Utara. Siapakah gerangan orangnya sumber Murai Batu tak pula memberitahu kepada Murai Batu.



Kalau betullah seperti yang diperkatakan, Murai Batu nak ucap tahniah kerana akhirnya Ezlynn akan menamatkan juga zaman bujangnya. Bukannya apa, Murai Batu naik penat dengar kisah kahwin Ezlynn ini dari satu tarikh ke satu tarikh.

Macam main tarik-tarik tali pula kerana sebelum ini pelbagai tarikh diberikan apabila sampai pada masanya senyap sepi semuanya. Kalau berita terbaru yang Murai Batu dengar ini betul, Alhamdulillah. Malah dengarnya persiapan mereka telah pun 50 peratus siap.

Sementara itu majlis resepsinya pula akan diadakan pada tahun hadapan. Doa Murai Batu semoga segala yang dirancang Ezlynn akan dapat dilaksanakan dengan sukses dan sempurna ya

No comments:

Post a Comment