Wednesday, October 26, 2011

Peminnat boikot kosongkan Stadium gara-gara tiket mahal


n9futbol.com dalam kenyataannya sebentar tadi melancarkan kempen boikot Perlawanan Akhir Piala Malaysia. Kempen Stadium kosong adalah bagi memprotes tindakan pihak FAM yang masih berkeras tidak mahu menurunkan harga tiket yang kebiasaannya hanya berharga RM30.00 sahaja.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa bahawa beliau tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk mengurangkan tiket kerana ia telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.


Manakala Pesatuan Bola Sepak Negeri Sembilan pula menafikan pihaknya bersetuju dengan harga tiket yang mahal itu sambil memberitahu surat rayuan telah lama dikemukakan kepafa FAM.

Ketika mendapatkan ulasan daripada Setiausaha Agung FAM, Dato' Azzuddin Ahmad membeitahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang bebasdan setiap indiviidu berhak untuk memboikot sesuatu perkara yan tidak dipersetujui oleh sesuatu kelompok itu. Sambil menegaskan bahawa pihaknya tidak akan mempertimbangkan untuk menurunkan harga tiket pada perlawanan akhir Piala Malaysia beliau berkata "terpulanglah jika mereka ingin mengosongkan Stadium itu sekali pun".

No comments:

Post a Comment