Jika tahun lalu acara itu berlangsung pada 23 Oktober 2010, tahun ini sekumpulan anak muda menjadikan acara itu sebagai acara yang perlu diteruskan. Tahun ini acara #OctTwtFest bakal berlangsung pada Sabtu, 22 Oktober ini.
Acara #OctTwtFest itu bertujuan mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 1,500 pengguna Twitter untuk berhimpun di satu lokasi. Tahun ini, pengguna Twitter tempatan bakal berhimpun di Ibu Pejabat DiGi Telecommunications Sdn. Bhd yang bertempat di Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam.
Objektif utama acara tersebut adalah untuk mewujudkan keharmonian di antara pengunjung yang hadir walaupun mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang bangsa, status, agama dan fahaman politik.
Sekiranya anda mahu hadir ke acara tersebut, tinggalkan fahaman politik anda di rumah. Paling tidak, kita hanya boleh berbeza fahaman iPhone, Blackberry atau pun Android sahaja di acara tersebut. (hahaha)
Antara acara yang bakal berlangsung di sana termasuklah persembahan secara langsung, karaoke, maraton filem, pertandingan permainan PS3, meraikan ulangtahun kelahiran Oktober, pertandingan Twitter, cabutan bertuah, kiosk foto dan banyak lagi.
Sebilangan selebriti tempatan telah menyatakan persetujuan untuk hadir memeriahkan acara tersebut antaranya Kumpulan HUJAN, Joe Flizzow, Altimet, Ila Damia, Sarimah Ibrahim, Rina Omar, Sharifah Sofia, Imran Ajmain, Fauziah Gous, Faliq Fahmie, Amir Jahari, Diandra Arjunaidi, One Nation Emcees, Daiyan Trisha dan ramai lagi.
Acara #OctTwtFest dibawakan kepada anda oleh DiGi, Churp Churp, Wago dan Rain Dough.
Laman Rasmi : http://octtwtfest.wordpress.com
Soalan Lazim : http://octtwtfest.wordpress.com/faqs/
Twitter Rasmi : @OctTwtFest
Hashtag Rasmi : #OctTwtFest
Lokasi :
DiGi Telecommunications Sdn Bhd,
Lot 10, Jalan Delima 1/1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3.0689098253134692, 101.56967639923096
Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 3 petang hingga 12 tengah malam
No comments:
Post a Comment