Monday, October 10, 2011

Datuk Ahmad Jais meninggal dunia jam 9.19 pagi 11 Oktober 2011




Datuk Ahmad Jais
KUALA LUMPUR: Seniman Datuk Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi tadi.



Arwah yang lebih dikenali sebagai Ahmad Jais, 75, yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan(DEMC), dua hari lepas, dipindahkan ke unit penjagaan rapi hospital kerana kesukaran bernafas.


Maimun berkata bapanya mengadu keletihan selepas membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 Sept.

Apabila keadaannya semakin teruk pada malam Khamis, beliau dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Seksyen 20 sebelum dipindahkan ke DEMC semalam. - Bernama

No comments:

Post a Comment