Wednesday, October 19, 2011

Blog yang sakan-sakan bantai sultan Selangor



Saya google sana sini nak cari maklumat. Google punya google, terjumpa blog Hussein Abdul Hamid yang sakan-sakan debik dan bantai sultan Selangor (klik di sini). Saya tak nak komen apa-apa. Nanti kena siasat bawah Akta Hasutan macam Prof Dr Abdul Aziz Bari pulak (lihat Malaysian Insider hari ini ("Prof Aziz Bari dipanggil polis, disiasat bawah Akta Hasutan").


Sementara itu, jika anda hendak melihat Umno yang sebenarnya, sila klik berita Malaysiakini 18/10/11 "'Ahli Umno didakwa tuntut wang perlindungan'". Itu yang di peringkat bawah. Bayangkan yang di peringkat atas. Di atas lagi high powered kuasa mereka.

Saya dah berulang kali kata, parti lain pun bukanlah bagus sangat. Tetapi, bahaya terbesar dan mudarat terbesar kepada negara kita ini ialah Umno. Kita kena lawan sehingga terbunuh kuasa parti yang sah-sah adalah mudarat dan bahaya terbesar dulu. Yang lain kita kira kemudian.

Dah kita ada pengalaman lawan mudarat dan bahaya terbesar, takkan kita tak reti lagu mana nak lawan yang lain yang baru mengintai-intai puncak kuasa tu.
Sumber : Penarik Beca/abnnasution

No comments:

Post a Comment