Thursday, September 29, 2011

Saranan haram Guan Eng masuk Johor adalah bangang


Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman mencadangkan agar Ketua Menteri, Lim Guan Eng diharamkan daripada menjejakkan kaki di Johor.
Menurut Razali, beliau kecewa dengan kenyataan tersebut dan menganggap ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin tertinggi negeri.



Mohamed Razali juga percaya Setiausaha Agung DAP itu tidak akan memohon maaf kerana beliau sudah masak dengan sikap Guan Eng yang sombong dan ego semasa menjadi ahli parti dulu.
"Saya ingin memohon sembah kepada Sultan Johor agar mengharamkan Guan Eng masuk Johor.
"Saya yakin dia (Guan Eng) tidak akan meminta maaf kerana dia sentiasa merasakan dirinya saja yang betul," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Mohamed Razali sebelum ini pernah tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini.
Guan Eng dikatakan memburuk-burukkan Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dengan menganggap negeri berkenaan tidak selamat berbanding Pulau Pinang.

Menurut karathijau : Kenyataan ini tidak pakai otak. Sebelum ini sudah berkali-kali pihak pro kerajaan telah bertindak menghentam negeri-negeri bawah pentadbiran pembangkang seperti tidak membenarkan kerajaan negeli Melaka membuat lawatan ke Negeri Kelantan atas sebab kelantan banyak maksiat.... Tapi Negeri Kelantan tidaklah sebodoh kenyataan tersebut untuk mengharamkan Ali Rustam memasuki Kelantan.


- karatijau

No comments:

Post a Comment