Thursday, September 29, 2011

Resepsi Memey-Norman Eksklusif Tapi... (45 GAMBAR)



Bersesuaian dengan tema majlis, pasangan pengantin tidak tiba pada waktu yang sama. Sebaliknya Norman tiba lebih awal dengan barisan ‘bestmen’ yang terdiri daripada Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua bintang Indonesia, Samuel Rizal dan Didi Riyadi.


Berkonsepkan 'New York dalam Hitam dan Putih', resepsi kedua pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza berlangsung dalam suasana cukup eksklusif.




Majlis tajaan barangan kemas Rafflesia Mandalay ini bernilai RM12 juta dan hanya dihadiri 200 orang tetamu yang terdiri daripada tetamu-tetamu kehormat, barisan selebriti dan wakil media cetak dan elektronik.


Selepas setengah jam Norman beramah mesra dengan tetamu, barulah pengantin perempuan melangkah masuk. Sama seperti pengantin lelaki, pengantin perempuan diiringi dayang-dayang atau dipanggil ‘bridesmaids'. Untuk Memey, Miera Liyana, Fathia, Julia Zigler dan Eina telah terpilih menjadi individu yang paling dekat dengan pengantin perempuan.


Kemunculan Memey dalam daun mutiara Rafflesia berona putih, membuatkan banyak mata tertumpu kepadanya. Sukar disangkal, Memey memang cukup jelita dan menawan. Selepas pengantin perempuan diserahkan kepada pengantin lelaki, pasangan ini dibawakan ke pentas utama untuk sesi bergambar dan seterusnya menikmati hidangan makan malam.





Sambil menjamu selera, tetamu dihiburkan dengan persembahan koir dan nyanyian beberapa artis secara berselang-seli. Antara yang tampil membuat persembahan ialah Amanda Imani, Farhan, Fauziah Latiff dan Nubhan.





Majlis resepsi diakhiri dengan acara memotong kek. Kali ini Memey menggayakan gaun rekaan Vera Wang yang pernah menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Mariah Carey, Kim Kardashian, dan Invanka Trump. Gaun itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi agennya di Hong Kong. Manakala Norman tampil bergaya dalam persalinan rekaan Lords Tailor yang berkonsep Bohemian.
























Secara jujurnya, GUA merasakan majlis perkahwinan ini terlalu kebaratan kerana langsung tidak menerapkan ciri-ciri ketimuran. Memang sudah dimaklumkan ia dirancang untuk pelanggan-pelanggan VIP Rafflesia, tetapi tidak salah rasanya kalau pihak penaja menerapkan sedikit ciri-ciri perkahwinan Melayu.


Walau apa pun, GUA kagum dengan dekorasi majlis resepsi ini. Sangat mewah, anggun dan memukau. Kalau dibandingkan dengan majlis perkahwinan selebriti lain, majlis Norman dan Memey ini paling hebat. Namun, pengisiannya agak menjengkelkan!




Berikut 5 fakta menarik yang mungkin anda ingin tahu:


1. Laluan masuk dan dewan majlis ini dipenuhi dengan dengan bunga-bungaan segar dan bunga plastik yang membangkitkan suasana romantik.


2. Gaun mutiara Rafflesia direka oleh tiga pereka tempatan dan ia bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.


3. Busana yang digayakan oleh Memey dan Norman serta ‘bridesmaids’ dan ‘bestmen’ untuk majlis ini akan dipamerkan di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember hadapan untuk Pameran Busana Perkahwinan Mutiara.





4. Dua pasang kasut yang dipakai oleh Memey untuk majlis ini adalah rekaan Profesor Datuk Jimmy Choo dan ia bernilai RM300,000.


5. Pasangan pengantin bermalam di Royal Suite, Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur. Bilik ini pernah menempatkan beberapa VIP dan kerabat Diraja seperti Nelson Mandela, Lee Kuan Yew dan Puteri Margaret.


Pada majlis perkahwinan yang dianggap sebagai “Wedding of The Year”, ia turut dihadiri kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada pihak media dan selebriti.








 






Antara selebriti yang kelihatan seperti Kila Fairy, Nubhan, Marsha, Syafinaz Selamat, BKay, Fazley Zainal, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak, Datuk Yusof Haslam, Datuk Chef Wan dan Ifa Raziah.


Pada 24 September lalu, Memey dan Norman telah diijabkabulkan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan sehari selepas itu majlis resepsi sebelah pengantin perempuan diadakan.



majlis resepsi norman hakim dan memey suhaiza

majlis resepsi memey dan norman

majlis resepsi memey suhaiza dan norman hakim



majlis resepsi norman dan memey

majlis perkahwinan memey suhaiza dan norman hakim

majlis perkahwinan norman hakim dan memey suhaiza

majlis bersanding memey dan norman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment